TAMAT SEMESTER 7, SELAMAT BERCUTI. JANGAN LUPA PELAPORAN BIG FASA 5

PORTAL PEMBELAJARAN IPG

Saturday, 21 July 2012

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN KELAS BM3, SEMUA PELAJAR PPG IPG KTB, SEMUA PELAJAR IPG KTB, PENSYARAH IPG KTB, DAN SELURUH UMAT ISLAM. SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA RAMADHAN DAHULU.

Saturday, 14 July 2012

KELAS AMALI PJ (TGfU)

Teaching Games for Understanding (TgfU) merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGfU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee) 
             TGfU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGfU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGfU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGfU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara pelajar.   
            Melalui TGfU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGfU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGfU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.











Wednesday, 27 June 2012

PJM3102 KONSEP PERGERAKAN ASAS


NOTA KONSEP PERGERAKAN ASAS
 
Asas Pergerakan

Ia merangkumi konsep pergerakan dan kemahiran motor asas. Konsep pergerakanmerupakan pengetahuan dan pemahaman tentang pergerakan yang membenarkan individu menadaptasi dan memodifikasi pergerakan untuk mencapai matlamat pergerakan yag spesifik. Ini termasuk:

- Kesedaran tubuh badan: Apa yang boleh dilakukan oleh tubuh badan?
- Kesedaran ruang: Di manakah badan bergerak?
- Kualiti pergerakan: Bagaimanakah badan bergerak?
- Perhubungan: Dengan siapa dan dengan apakah badan bergerak?

Objektif Kesedaran Tubuh Badan

- Mengenalpasti nama dan lokasi anggota badan
- Posisi dan bentuk badan
- Kesedaran pergerakan tubuh badan
- Badan sebagai alat komunikasi untuk meluahkan perasaan
- Kesedaran keteganagan otot dan relaksasi

Obejktif Kesedaran Ruang

- Mengenali ruang kendiri dan menghormati ruang orang lain
- Bergerak dengan selamat dalam ruang am
- Mengenali pelbagai arah dan bagaimana menukar arah
- Memahami pelbagai aras pergerakan
- Mengharungi pelbagai laluan serta laluan pergerakan pelbagai objek
- Menyesuaikan julat pergerakan berdasarkan tugasan dan situasi

 Objektif Perhubungan

- Memahami perhubungan antara badan dengan setiap anggota badan
- Bergerak dengan berkesan secara “relatif” dengan individu lain dan/atau dalam
  kumpulan
- Memahami perhubungan antara badan dan anggota badan dengan objek

Objektif Kualiti Pergerakan

- Imbangan: Memahami unsur imbangan statik dan dinamik serta peranan imbangan
  dalam pergerakan
- Masa: Membezakan pelbagai kelajuan dan meningkatkan atau mengurangan kelajuan
  pergerakan
- Kuasa: Kebolehan mewujudkan dan modifikasikan kuasa sendiri untuk memenuhi
  keperluan tugasan.
- Aliran: Menggabungkan pergerakan dengan licin dan melakukan pergerakan dalam  
  masa atau ruang yang terhad

Pergerakan: Asas Pendidikan Jasmani dan Sukan

- Mengapakah pergerakan dianggap tunggak pendidikan jasmani?
- Apakah contoh-contoh bagi empat konsep pergerakan?
- Apakah cadangan untuk membantu individu mempelajari konsep pergerakan dan
  kemahiran motor asas?
- Kemahiran motor asas merupakan asas untuk memperkembangkan kemahiran motor
  yang lebih kompleks serta kemahiran motor yang khusus untuk aktiviti permainan,
  sukan, tarian dan kecergasan.
- Sebaiknya, konsep pergerakan dan kemahiran motor asas dipelajari semasa peringkat
  awal kanak-kanak dan sekolah rendah
- Kemahiran-kemahiran ini akan diamalkan sepanjang hayat jika penguasaan dicapai
  pada usia muda lagi.

 Faktor Umum Yang Mempengaruhi Pergerakan

- Faktor Fisiologikal 
  Dayatahan kardiovaskular, kekuatan dan dayatahan otot, serta fleksibiliti
 - Faktor Psikologikal 
Ketakutan, kerisauan, keyakinan diri
 - Faktor Sosiologikal 
Keahlian dalam kumpulan boleh mempengaruhi penglibatan
(contohnya, ahli keluarga sebagai “role model” yang aktif secara fizikal)
Peranan gender
Ekonomi
 
Tujuan Kecergasan

Pergerakan asas untuk tujuan kecergasan adalah seperti berikut:

- Fleksibiliti/kelembutan
- Kekuatan otot
- Daya tahan otot
- Daya tahan kardiovaskular
- Komposisi tubuh badan
- Sasaran dan pengukuran denyutan nadi
- Senaman aerobik dan anaerobik
- Prinsip latihan (kekerapan, intensiti, masa) / (Frequency, intensity, time)

Tujuan Sosialisasi/Kerjasama

Pergerakan asas untuk tujuan sosialisasi/kerjasama adalah seperti:

- Prosidur dan peraturan dalam kelas.
- Undang-undang dan peraturan permainan dan aktiviti.
- Kesedaran dan kawalan badan.
- Prosidur yang selamat semasa menggunakan alatan.
- Kemahiran mendengar.
- Permainan koperatif.
- Menghormati orang lain dan peraturan.
- Semangat kesukanan.
- Penyelesaian masalah.
- ’Team Building’
- Strategi kumpulan.
- Disiplin diri.
- Membuat keputusan.

PJM3102 PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS


NOTA PJM3102
Berdasarkan ProForma Kursus

1.  Konsep pergerakan asas
     ·Pengertian
     ·Jenis pergerakan asas
     ·Pergerakan bersama peralatan

2.  Pengajaran dan pembelajaran kemahiran pergerakan asas
    ·Strategi
    ·Kaedah dan teknik

3.  Permainan kanak-kanak 
    ·Konsep, matlamat dan objektif
    ·Kepentingan

4.  Model Bunker dan Thorpe 1982
     ·Pengenalan dan konsep model
     ·Kategori dan jenis-jenis permainan

5.  Pengurusan dan pengelolaan permainan kanak-kanak
    ·Pengurusan dan kawalan kelas
    ·Keselamatan peralatan, kawasan, pelajar
    ·Tatacara pengelolaan permainan

7.  Teknik penilaian
    ·Penilaian permainan kanak-kanak
    . Jenis bateri ujian


Amali

1.  Aktiviti pergerakan asas
     ·Pergerakan bukan lokomotor
     ·Pergerakan lokomotor
2.  Aktiviti pergerakan asas dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan
     ·Bulat
     ·Leper
     ·Panjang
3.  Pengajaran dan pembelajaran kemahiran pergerakan asas
·                     Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor tanpa alatan
·                     Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan

Amali permainan kanak-kanak 


1.  Mempraktikan permainan kanak-kanak mengikut kategori berikut:

            ·         Permainan kategori Sasaran
            ·         Permainan kategori Pukulan
            ·         Permainan kategori Jaring/ Dinding
            ·         Permainan kategori Serangan/ Kawasan
2.  Pengurusan dan pengelolaan permainan
            ·         Pengurusan dan kawalan kelas
            ·         Keselamatan peralatan, kawasan, pelajar
            ·         Pengelolaan permainan
3.  Teknik Penilaian
            ·         Penilaian permainan kanak-kanak
            ·         Jenis bateri ujian
            ·         Amali ujian

MAKLUMAN KELAS AMALI PJ

Assalamualaikum.,
Seperti yang kita rancang, pada 14 Julai 2012 (Sabtu), kelas Amali PJ akan berlansung seperti yang telah dirancang. Kelas akan bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 1 petang. Makan akan disediakan. Sediakan duit sahaja. Makluman daripada KK.
Jumpa lagi.

Persiapan...fikirkan 10 pergerakan lokomotor dengan alatan dan 10 pergerakan bukan lokomotor dengan alatan. Bawa kamera untuk mengambil gambar pergerakan tersebut.

Baju t shirt PJ masih dalam proses. Sedang mencari baju yang sesuai dan harga yang berpatutan. Sesiapa ada cadangan maklumkan kepada KK..

Terima kasih
ADMIN

Monday, 25 June 2012

KELAS AMALI PJ

Pada Ahad 24 Jun, semua pelajar BM3 hadir sekali lagi untuk Kelas PJ. Kelas bermula jam 10.30 pagi dibawah bimbingan pensyarah Unit PJK Pn Shanthi Devi. Selama 3 jam kami didedahkan dengan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor. Kami diterangkan tentang ujian amali mengikut litar yang disediakan di mana kami perlu membuat 20 pergerakan asas iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Kami dibenarkan memilih 2 alat sahaja iaitu sama ada bola, reben, gelung rotan, kayu atau tali. Tugasan pertama kami perlu mengambil gambar setiap pergerakan asas tersebut.



Video Amali PJ












litar untuk ujian amali





Suasana kelas Amali PJ

BERMULA SEMESTER 3

Semua pelajar PPG BM3 teruja untuk memulakan pengajian di semester 3 ini. Seawal pagi, kami telah diberikan jadual kelas tutorial oleh Pengawal Keselamatan IPG KTB. Melihatkan jadual, hati mula tersentak kerana kelas tutorial tamat jam 9 malam. Bermula kelas pertama, kami bersama pensyarah En Muhaiyudin bin Hj Mohamed Azizi. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Komputer (BMM3105).
Kelas BMM3105
Sesi P&P diteruskan lagi dengan kelas kedua iaitu Budaya dan Pembelajaran (EDU3106) bersama pensyarah En Chin Swee Thoon.
Kelas EDU3106
Kemudian kami mendapat berita gembira apabila masa tutorial telah diubah suai dan dapat pulang jam 7 petang. Kelas WAJ3106 (HE) yang sepatutnya sebelah malam telah diubah pada waktu rehat tengahari. Maka waktu rehat 1 jam setengah menjadi cuma setengah jam sahaja. Cukup untuk menunaikan solat zohor.
Desau-desus mengatakan hari Ahad ada kelas amali PJ. Tetapi sewaktu sesi LDP kami telah dimaklumkan oleh En Rosli yang kelas amali PJ hanya untuk Opsyen PJ sahaja. Namum semasa tutorial PJ di Gimnasium Ungku Aziz, pensyarah PJ memaklumkan yang kami semua mesti hadir esok (Ahad 24 jun) untuk kelas amali PJ selama 3 jam. Bagi kelas BM3, kelas amali PJ bermula jam 1030 - 1.30 pm.



Merayau-rayau mencari kelas PJ. 

Kelas tutorial terakhir kami untuk interaksi 1 bersama tutor iaitu En Ahmad Fazil bin Zainal Abidin. Beliau mengajar subjek BMM3106 (Pemulihan dan Pengayaan)
Kelas En Ahmad Fazil
Catatan interaksi pertama kelas BM3. Insyaallah berjumpa lagi pada 14 Julai jika diizinkan dan semestinya kita akan berjumpa lagi pada 28 Julai. Insyaallah. 

JADUAL TUTORIAL BM3

Sunday, 24 June 2012

SUBJEK SEMESTER 3

MATA PELAJARAN UNTUK SEMESTER 3 YANG HARUS KITA SEMUA HADAPI:

1.  BMM 3105 - PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERPANDUKAN  
                           KOMPUTER

2.  EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

3. WAJ 3106 - HUBUNGAN ETNIK

4.  PJM 3102 - PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS

5.  BMM 3106 - PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

SELAMAT BELAJAR - SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM SEMSETER 3 INI.