Saturday 28 July 2012

TUTORIAL 2 (28 JULAI 2012) - MENERIMA TUGASAN

Walaupun semua Umat Islam menjalani ibadah puasa, namun kelas Tutorial tetap berjalan seperti biasa. Kelas PJ pada hari ini berlaku perubahan umtuk membolehkan pelajar pulang awal bagi membeli juadah berbuka puasa dan berbuka bersama keluarga.




Masih ceria walaupun berpuasa


BMM3106 Pemulihan dan Pengayaan (En Ahmad Fazil)
Tugasan bermula 28 Julai 2012 dan Serahan pada 1 September 2012
Format penyediaan RPH pemulihan boleh dimuat turun disini:
CONTOH RPH Pemulihan  


WAJ 3106 Hubungan Etnik
Tarikh Serahan - 1 September 2012
Tugasan dalam kumpulan berdua
Tajuk mengikut kumpulan yang telah diundi
Sediakan juga Slide Powerpoint bagi tajuk tersebut (sekurang-kurangnya 12 slide) serta cetak handout slide tersebut dengan 6 muka surat 1 page. Refleksi berbentuk individu. Hantar tugasan dalam bentuk hard and soft copy. Kulit 'cover' - HIJAU. Binding Tape - HITAM.
SOALAN TUGASAN WAJ3106  

EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran
Mula : 28 Julai 2012 - Serahan : 11 Ogas 2012
Tugasan :
1. Esei - Sejarah, adat resam, pantang larang, kepercayaan, kump. etnik/kaum yang ditetapkan berdasarkan undian.
2.  Buku skrap berkaitan kump. etnik/kaum yang anda terangkan di atas.
3.  Refleksi - berbentuk individu - rujuk rubrik pemerkahan refleksi
Tugasan ini berbentuk kumpulan berempat dan setiap kumpulan telah mendapat kump. etnik/kaum yang telah diundi. Undian berdasarkan:
1. Melayu Bugis
2. India
3. Cina
4. Iban
5. Kadazan Dusun
6. Orang Asli

SOALAN TUGASAN EDU3106
RUBRIK PEMERKAHAN EDU3106  
MELAYU BUGIS
CINA
IBAN
KADAZAN DUSUN
ORANG ASLI - NEGRITO
INDIA





BMM3105 KAEDAH MENGAJAR BM BERBANTUKAN KOMPUTER
TUGASAN: MULA 28 JULAI 2012  HANTAR : 1 SEPTEMBER 2012
1. TAPAK PEMBELAJARAN
2. BLOG
3. PENCARIAN BAHAN DARI ICT 

CARA MEMBINA LAMAN BLOG
SOALAN TUGASAN BMM3105
JSU TUGASAN KERJA KURSUS   

PJM3102 PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS
KERJA KURSUS - HANTAR PADA 2 SEPTEMBER 2012
TUGASAN - 20 PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR BERSERTA DENGAN GAMBAR DAN KETERANGAN. MENGGUNAKAN ALATAN.
PERMAINAN KANAK-KANAK - TUGASAN DALAM BENTUK KUMPULAN. IKUT KUMPULAN SEMASA SESI AMALI PJ. 
PERMAINAN KANAK-KANAK BERDASARKAN
KUMPULAN 1 - JENIS JARING
KUMPULAN 2 - JENIS KUMPULAN
KUMPULAN 3. JENIS SERANGAN
KUMPULAN 4 - JENIS SASARAN

Tuesday 24 July 2012

PELAKSANAAN PEMULIHAN KHAS


Proses perlaksanaan Program Pemulihan Khas bermula seperti dalam carta aliran berikut:

PEMULIHAN KHAS


Pengenalan Pemulihan Khas

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insane yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengatahuan. Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawall mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah..

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau “terbelakang” menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Melalui program ini, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

Saturday 21 July 2012

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN KELAS BM3, SEMUA PELAJAR PPG IPG KTB, SEMUA PELAJAR IPG KTB, PENSYARAH IPG KTB, DAN SELURUH UMAT ISLAM. SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA RAMADHAN DAHULU.

Saturday 14 July 2012

KELAS AMALI PJ (TGfU)

Teaching Games for Understanding (TgfU) merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGfU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee) 
             TGfU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGfU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGfU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGfU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara pelajar.   
            Melalui TGfU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGfU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGfU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.











Tuesday 3 July 2012