Tuesday 23 April 2013

NOTA ULANGKAJI PEPERIKSAAN SEM 4


Subjek BMM3107 – Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Perbezaan antara linguistik gunaan dan linguistik perbandingan
Linguistik Gunaan
Linguistik Perbandingan
menerapkan hasil kajian linguistik untuk kegunaan semasa
membuat penyelidikan dan memberi perbezaan dan persamaan untuk beberapa bahasa
bahasa sebagai satu akt kebudayaan
aspek hubungan persejarahan dan keakraban antara bahasa-bahasa diambil kira dalam mengenal pasti perbezaan dan persamaan strukturnya
menyumbang faedah kepada ilmu-ilmu sosial yang lain
perbandingan sesuatu bahasa itu berasal dari satu rumpun atau induk
linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan
linguistik perbandingan menunjukkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian
linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi
membuat kajian pada aspek sebutan, perkataan dan ayat iaitu antara beberapa bahasa yang dikaji itu.
Semantik
3 jenis makna dalam semantik
1.      Makna denotatif ialah makna asli, asal, atau makna sebenarnya. Perkataan yang boleh dirujuk dalam kamus Oleh itu, makna denotatif sama dengan makna leksikal. Contoh:
babi   = satwa menyusui yang bermuncung panjang, berkulit tebal,
dan berbulu kasar, serta      diharamkan bagi orang Islam
          gerombolan = kumpulan, kelompok atau kawanan
perempuan = orang yang dapat hamil, melahirkan anak dan
menyusui.
2.      Makna konotatif ialah makna lain yang ditambahkan pada makna
denotatif (makna tersirat) , yang ada hubungannya dengan nilai rasa
orang yang menggunakan kata itu. makna yang diberi hubung kait
dengan budaya. Pengalaman emosi, pendidikan, pandangan dunia
dan konteks pengguna penutur.
Contoh:
          babi   = jijik dan kotor, rasa marah dan menyampah.
          gerombolan = kawanan perusuh atau penjahat
          perempuan = unsur negatif
3.      Makna Gramatikal – makna yang terdapat dalam imbuhan – makna
sesuatu perkataan atau kata dasar berubah mengikut imbuhan yang
diberi padanya.

Bahasa Melayu Saintifik (BMS)

Buat nota dan baca

Ciri-ciri BMS
1. Laras     – mempunyai istilahnya sendiri
-  mempunyai kecenderungan untuk memilih ungkapan tertentu  yang sesuai dengan bidang.
- yang menyeronokan penulisan dalam bidang yang berbeza dalam pemilihan jenis ayat yang jelas.
- tidak terdapat ayat-ayat yang minimal yang hanya terdiri daripada subjek atau prediket seperti bahasa basahan atau bahasa sosial.
-  cenderung menggunakan ayat yang panjang terutama ayat kompleks atau ayat berlapis yang mempunyai klausa bebas yang diikuti oleh satu atau lebih klusa tak bebas.

Baca juga tentang tokoh-tokoh linguistik yang popular seperti Leonard Bloomfield dan Ferdinand de Saussure.

Bagaimana manusia memperolehi dan mempelajari bahasa. (5)
1.  Bila bayi lahir, bayi belajar bahasa ibunya.
2. semenjak lahir seseorang bayi telah dilengkapi dengan alat pemerolehan bahasa yang dikenali dengan LAD (language Acquistion Divise)
3.  seseorang bayi telah dilengkapi dengan 1 peralatan konsep bersifat sejagat dan tiada hubungan dengan proses belajar dan kecerdasan (Intellegent)
4.  Struktur dalaman semua bahasa sama yang merupakan rumus-rumus yang telah sedia ada sejak lahir.
5.  cari sendiri.....

Berikan sumbangan tokoh-tokoh Linguistik Bahasa seperti
Plato,   Aristotle,  Panini,  Dionysius Thax, Ferdinand de Saussure

Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsan serta langkah-langkah untuk memperkasa peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia.

yang ni boleh ‘goreng’

*linguistik antropoligikal- baca

Apakah sosiolinguistik ?
Apakah antropologikal linguistik ?
Cari perbezaan kedua-duanya.

Cari juga makna Denotatif, konatatif dan gramikal dan baca tentang konsep Bahasa Melayu Saintifik (BMS)

Subjek EDU 3105- soalan ulangkaji



No comments:

Post a Comment

Kami menerima komen membina daripada anda.