Semua pelajar PPG BM3 teruja untuk memulakan pengajian di semester 3 ini. Seawal pagi, kami telah diberikan jadual kelas tutorial oleh Pengawal Keselamatan IPG KTB. Melihatkan jadual, hati mula tersentak kerana kelas tutorial tamat jam 9 malam. Bermula kelas pertama, kami bersama pensyarah En Muhaiyudin bin Hj Mohamed Azizi. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Komputer (BMM3105).
|
Kelas BMM3105 |
Sesi P&P diteruskan lagi dengan kelas kedua iaitu Budaya dan Pembelajaran (EDU3106) bersama pensyarah En Chin Swee Thoon.
|
Kelas EDU3106 |
Kemudian kami mendapat berita gembira apabila masa tutorial telah diubah suai dan dapat pulang jam 7 petang. Kelas WAJ3106 (HE) yang sepatutnya sebelah malam telah diubah pada waktu rehat tengahari. Maka waktu rehat 1 jam setengah menjadi cuma setengah jam sahaja. Cukup untuk menunaikan solat zohor.
Desau-desus mengatakan hari Ahad ada kelas amali PJ. Tetapi sewaktu sesi LDP kami telah dimaklumkan oleh En Rosli yang kelas amali PJ hanya untuk Opsyen PJ sahaja. Namum semasa tutorial PJ di Gimnasium Ungku Aziz, pensyarah PJ memaklumkan yang kami semua mesti hadir esok (Ahad 24 jun) untuk kelas amali PJ selama 3 jam. Bagi kelas BM3, kelas amali PJ bermula jam 1030 - 1.30 pm.
Merayau-rayau mencari kelas PJ.
Kelas tutorial terakhir kami untuk interaksi 1 bersama tutor iaitu En Ahmad Fazil bin Zainal Abidin. Beliau mengajar subjek BMM3106 (Pemulihan dan Pengayaan)
|
Kelas En Ahmad Fazil |
Catatan interaksi pertama kelas BM3. Insyaallah berjumpa lagi pada 14 Julai jika diizinkan dan semestinya kita akan berjumpa lagi pada 28 Julai. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment
Kami menerima komen membina daripada anda.