Wednesday 16 December 2015

KONVOKESYEN IPG DISEMBER 2015

Rabu, 9 Disember 2015, Sidang 6 bertempat di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), semua pelajar kelas BM3 IPG Kampus Tuanku Bainun menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. Istiadat konvokesyen ini disempurnakan oleh Rektor IPGM, Dato' Sulaiman bin Wak.

Ucapan tahniah kepada semua pelajar PPG di IPG seluruh Malaysia amnya dan pelajar PPG IPGKTB Kelas BM3 khasnya yang telah berjaya menamatkan pengajian selama 4 tahun (8 semester). Semoga dengan kejayaan ini membakar lagi semangat kita semua pendidik untuk terus memberikan khidmat bakti sebagai guru.








Thursday 20 August 2015

SYUKUR, TAMAT SUDAH PENGAJIAN

Tahniah kepada semua pelajar BM3 yang lulus dalam pengajian PPG ini. Terima kasih kepada semua pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun, tutor Encik Ahmad Fazil bin Zainal Abidin yang selama 4 tahun memberikan ilmu, membantu dan mendidik kami semua pelajar BM 3 tanpa jemu-jemu dengan kerenah 'orang tua' yang kadang-kadang lebih susah daripada pelajar muda.

Terima kasih sekali lagi. Semoga berjumpa lagi.

Wednesday 19 August 2015

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR

Khabarnya keputusan Peperiksaan AKHIR SEM 8 akan keluar. Bersamalah kita berdoa agar semua beroleh kejayaan dengan CEMERLANG dan berjaya menggenggam segulung IJAZAH. Insya Allah

Dapatkan info terkini DI SINI

Semak keputusan DI SINI

Monday 13 July 2015

UCAPAN HARI RAYA


Kami, Kumpulan Bahasa Melayu 3 mengambil kesempatan ini mengucapkan
Selamat Hari Raya, Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin
kepada semua rakyat Malaysia, Umat Islam, Guru-Guru, Warga IPG, Pensyarah IPG kampus Tuanku Bainun, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tuanku Bainun, Tutor kami Encik Ahmad Fazil bin Zainal Abidin dan semua pelajar PPG Kohot 1 IPG Kampus Tuanku Bainun.

Tahun ini kita merayakan Aidil Fitri dengan penuh kesyukuran
kerana kita telah tamat pengajian PPG ini.



Monday 6 July 2015

TERKINI DARIPADA UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Makluman PENTING daripada Unit Peperiksaan dan Penilaian IPG Kampus Tuanku Bainun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semua pelajar PPG Ambilan Jun 2011 dikehendaki membuat semakan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda dalam iTEMS sebelum hari Isnin, 13 Julai 2015. Sila buat pembetulan sekiranya terdapat kesalahan. Semakan ini penting untuk cetakan transkrip dan ijazah anda nanti. Sila hubungi UPP sekiranya ada masalah. 
Pihak UPP tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kesilapan kelak disebabkan kegagalan anda berbuat demikian.
Terima kasih.

Sunday 21 June 2015

AKHIRNYA

Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, kami pelajar PPG BM3 IPG KTB berjaya menamatkan pengajian pensiswazahan guru ini. Pengajian selama 4 tahun (8 semester) benyak meninggalkan kenangan pahit dan manis. Tidak kurang juga menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan bagi meningkatkan profesion perguruan.  TAHNIAH kepada semua.  JUMPA LAGI di lain masa.

Kegembiraan terpancar selepas TAMAT peperiksaan semula kertas EDU 3093 yang telah tercemar.


Tuesday 16 June 2015

SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMULA EDU 3093

Makluman daripada Unit Peperiksaan dan Penilaian IPG Kampus Tuanku Bainun, slip menduduki peperiksaan semula bagi mata pelajaran EDU 3093 dan EDU 3093i pada 20 Jun ini boleh dicetak di Sistem iTEMS

Sekian, terima kasih

Monday 25 May 2015

PERSEDIAAN PEPERIKSAAN ULANGAN

Jangan berputus asa. Perjuangan mesti diteruskan. Marilah kita mengulang kaji semua Mata Pelajaran EDU 3093 Guru Dan Cabaran Semasa. Anda boleh membaca nota-nota interaksi yang diberikan oleh pensyarah Puan Eau Yong Chew Youn (IPG KTB)

Buku yang boleh dirujuk:



HARAP DAPAT MEMBANTU GURU-GURU PPG YANG TERKILAN DAN KECEWA

SOALAN BOCOR LA PULAK

MAKLUMAN daripada Unit Peperiksaan dan Penilaian IPG Kampus Tuanku Bainun, berlaku kebocoran kertas EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa. Peperiksaan semual dijangka pada 20 Jun 2015. Harap maklum.

Saya selaku admin dan mewakili Pelajar BM 3 PPG Jun 2011 berasa kecewa dengan perkara yang berlaku. Kepada sesiapa yang terbaca 'post' ini sama ada pensyarah IPG, pensyarah Universiti, pelajar PPG dan semua rakyat Malaysia, saya melahirkan kekesalan atas perkara yang berlaku. "KAMI" pelajar BM3 PPG JUN 2011 yang bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan terkilan kerana ada guru yang sanggup berbuat begitu semata-mata hendak lulus. Bagi saya secara peribadi jika guru mendapat soalan bocor, maka dia tidak perlu susah payah mengulang kaji pelajaran dan hanya mencari jawapan kepada soalan tersebut sahaja. MAKA, dia tidak layak diberi pengiktirafan kerana dia tidak belajar, cuma LULUS periksa sahaja. Dia juga tidak LAYAK di gelar GURU kerana telah melanggar etika profesion keguruannya. 
Saya mencadangkan TINDAKAN perlu diambil kerana perkara ini telah menganiaya rakan-rakan PPG yang lain. Mereka belajar dan ingin LULUS, tetapi anda GOYANG KAKI dan hendak lulus. ANDA perlu meminta maaf kepada semua pelajar PPG amnya dan Pelajar BM 3 IPGKTB Khususnya. 

Situasi yang sama pernah berlaku kepada murid-murid Tahun 6 tahun lepas. Apakah perasaan guru?
Apakah perasaan murid ?
ketika itu.. Tepuk dada, TANYAlah IMAN

ANDA BUKAN SEORANG YANG BIJAK DAN PROFESIONAL KERANA:-
1. TIDAK MAHU BELAJAR DAN MENGHARAPKAN SOALAN BOCOR
2.  DAH DAPAT SOALAN BOCOR..TAK TAHU NK SIMPAN


Mohon maaf dengan coretan ini.

Thursday 21 May 2015

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN



Maksudnya: 

"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)"



Maksudnya

"Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh".

Wednesday 6 May 2015

MAKLUMAN TERKINI BERKAITAN KAJIAN TINDAKAN

Makluman daripada ULD IPG Kampus Tuanku Bainun

Penyelarasan nama program untuk ditulis di kulit keras laporan Kajian Tindakan. Sila tulis seperti berikut:
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) 
MOD PJJ AMBILAN JUN 2011

TAMAT INTERNSHIP

Tahniah kepada semua pelajar PPG BM3 kerana anda telah berjaya menamatkan program Internship dengan jayanya. Semua telah menyiapkan portfolio Internship dan berjaya menghantar mengikut tarikh yang ditetapkan. 

Semoga kita semua berjaya menamatkan PPG ini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menamatkan pengajian selama 8 semester.



Tuesday 28 April 2015

MAKLUMAN DARIPADA UNIT PRAKTIKUM IPG KTB

Makluman penghantaran Portfolio Internship, penilaian markah dan rekod kehadiran


TERKINI

Alhamdulilah..Kita hantar 5 Mei 2015

Thursday 16 April 2015

SELESAI PEMBENTANGAN KAJIAN PENYELIDIKAN

Pembentangan Kajian Penyelidikan Penyelidikan 2 Semester 8. Alhamdulilah semua Pelajar PPG BM 3 dapat membentang kajian dengan baik. Semoga semua pelajar BM 3 mendapat keputusan yang cemerlang dan menamatkan pengajian ini. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah penyelia kajian penyelidikan, Encik Ahmad Fazil bin Zainal Abidin dan Puan Hamidah binti Che Meh yang membantu dan membimbing kami.  Selepas ini, kami akan menghadapi peperiksaan sebelum menamatkan program pensiswazahan ini. Doakan semoga kami semua dapat menjawab soalan dengan baik dan peroleh kejayaan.

Sesi pembentangan





 Selepas pembentangan



JADUAL UAK SEJARAH


Sunday 12 April 2015

INTERAKSI 5 (11 APRIL 2015 - TERAKHIR)

Interaksi terakhir dalam pengajian PPG sebelum pembentangan Kajian Tindakan 2, UAK dan Peperiksaan akhir. 
Ucapan syabas dan tahniah kepada semua pelajar BM 3 yang berjaya sehingga hari ini. Kami juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar PPG di IPG KTB khasnya dan seluruh Malaysia amnya yang akan bergelar graduan tidak lama lagi. Semoga kita semua berjaya dalam pengajian ini dan segala ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian mendapat rahmat dan diberkati olehNya.
Kesempatan ini, kami kumpulan BM 3 PPG IPG KTB mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah menyampaikan ilmu kepada kami. Sekalung penghargaan juga kepada pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG KTB dan khas buat Tutor kami Encik Ahmad Fazil bin Zainal Abidin yang banyak memberi sumbangan dan ilmu pengetahuan kepada kami sepanjang pengajian kami di sini.

Kepada semua pelajar BM 3, semoga kita beroleh kejayaan. Selamat membentang Kajian Tindakan dan menghadapi peperiksaan terakhir kita.
Ahkir kata, kami kumpulan BM 3 memohon maaf jika sepanjang kami menguruskan blog ini terdapat kesilapan dan kesalahan serta ada menguris perasaan seseorang. Tidak dilupakan ucapan TAKZIAH kepada rakan-rakan PPG di IPG KTB dan seluruh Malaysia yang telah kembali kerahmatullah sebelum menamatkan pengajian. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Al Fatihah





Jamuan Akhir


Cenderahati kepada En Ahmad Fazil bin Zainal Abidin
(Tutor BM 3)

Ucapan En. Ahmad Fazil bin Zainal Abidin
TUTOR BM 3


Bersama tutor
(duduk 5 dari kiri)

Pelajar BM 3 PPG Jun 2011



Thursday 12 March 2015

TAKLIMAT AUDIT MQA

Rabu, 11 Mac 2015, bertempat di DAB IPG Kampus Tuanku Bainun




Muat turun

Bersama pensyarah penyelia Penyelidikan Tindakan 2, Encik Ahmad Fazil jam 2.30 petang. Sesi perbincangan ilmiah.





Sunday 8 March 2015

INTERAKSI KE-3 (7 MAC 2015)

Alhamdulilah, semua tugasan untuk semester ini sudah dihantar, tinggal Penyelidikan Tindakan sahaja lagi. Internship akan bermula selepas cuti bulan Mac ini. Kami perlu bersiap sedia untuk audit MQA pada 11 Mac (Rabu) ini.



Pembentangan EDU
Bahan tutorial Pn Yong, ambil dalam google drive


Fail untuk Audit MQA