Friday 12 October 2012

NOTA HUBUNGAN ETNIK

NOTA UNTUK BACAAN SEBELUM UJIAN


maksud perkataan
 1.  etnik - sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hmpir seragam, trmasuk adat resam, pakaian, bhs dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yg berkaitan rapat dgn konsep2 ras dan bangsa.
 2. Etnisiti - - merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kump etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yg menyatukan anggotanya dgn 1 t/laku yg sama.
 3.  Etnisentrik - merujuk kpd kepercayaan atau rasa bangga yg wujud dlm kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bhw budaya mrk adalah lebih baik drpd kelompok lain.

Ciri ciri
 1. kebendaan – berubah mengikut masa, kecintaan ikut keperluan, diwarisi, peralatan dan kelengkapan hidup.

2. bukan kebendaan - kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.

Cadangan eratkan hubungan etnik
1. bertolak ansur
2. memahami sejarah etnik / negara
3. memahami budaya masyarakat majmuk.
4. tindakan tegas terhadap provokasi.

Faktor penarikan dan penolakan

faktor yang menyumbang perbentukan perlembagaan persekutuan
1. perjuangan menuntuk kemerdekaan
2. penentangan terhadap malayan union
3. memorendom perikatan
4. sikap tolak ansur

Unsur tradisi yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan
1.  kedudukan raja-raja melayu.
2.  hak keistimewaan orang melayu
3.  islam sebagai agama rasmi
4. bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
5. hak kerakyatan

langkah oleh kerajaan bagi mengekalkan kestabilan politik
1.  perpaduan kaum
2. perkongsian kuasa
3. tolak ansur – tolenrasi
4. keadilan dalam pemerintahan
5. kawalan

peranan masyarakat bagi mengekalkan kestabilan politik
1.  memahami sejarah negara
2. tidak membangkitkan isu perkauman
3. hubungan kaum yang erat
4. tolak ansur dalam masyarakat

ciri masyarakat pluraliti baru
Pluraliti bermaksud kemajmukan ataupun kepelbagaian
plural – banyak / pecah


Pemerintahan – pemerintah dan yang diperintah ada yang berlainan bangsa, hidup dalam komuniti yang berasingan
budaya dan politik – nilai budaya dan politik yang dikongsi oleh komuniti yang berbeza melalui persetujuan kebangsaan.
ekonomi – kecenderungan untuk meramal konflik ekonomi dalam konteks bangsa.
matlamat dan keinginan – bangsa2 yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama seperti keamanan dan kesejahteraan.
konflik – sedikit campur tangan pihak luar kadang kala diperlukan bagi meleraikan konflik yang mungkin wujud di antara masyarakat pluraliti baru ini.

1.  hidup dalam keadaan berasingan – mempunyai kepelbagaian budaya
2. interaksi sosial antara etnik terbatas.
3. mengamalkan budaya agama tersendiri.
4. kelemahan keazaman sosial
5. wujud atas dasar konflik dan paksaan.

Cara2 integrasi politik dapat dilaksanakan
1. berkongsi kuasa
2. bertolak ansur
3. mengamalkan politik perkauman

dasar2 bagi membasmi kemiskinan dalam dasar pembangunan negara.
1. melaksanakan program rakyat termiskin
2. pemindahan teknologi ke kawasan luar bandar.
3. mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor industri, perdagangan perbandaran.
4. menubuhkan agensi Felda, felcra, risda
5. membantu meningkatkan produktiviti pertanian melalui pertanian bersepadu dan mengkormesialkan sektor pertanian.

faktor yang boleh menyebabkan konflik antara etnik
1.  tindakan provokasi antara kaum
2.  fahaman agama yang sempit.
3.  tidak memahami budaya masyarakat
4.  tiada tolak ansur dalam sesuatu isu perkauman

langkah2 mewujudkan hubungan kaum yang harmonis
1.  perbahagian ekonomi yang adil
2.  peluang pendidikan
3.  layanan yang sama rata antara etnik
4.  pembahagian politik
5.  perhormatan terhadap budaya kaum lain.

No comments:

Post a Comment

Kami menerima komen membina daripada anda.