Thursday 17 January 2013

INTERAKSI PERTAMA SEM 4 (12 JAN. 2013)

Interaksi pertama bermula seperti biasa seawal jam 8.00 pagi dengan kelas pertama BMM 3107 bersama Tn Hj Mohamad Zaki bin Hj Shamsudin. Permulaan yang terus memecut dengan Kerja Kursus. KK BMM3107 bermula 12 Januari dan Penghantaran pada Interaksi kedua iaitu 23 Februari.

LDP seperti biasa. Tapi kali ini kami berpeluang berjumpa tutor masing-masing. Untuk selama 1 jam, perbincangan dengan tutuor En Ahmad Fazil b Zainal Abidin. Pesanan beliau supaya berjinak-jinak dengan soalan untuk Kajian Tindakan. Mula mencari tajuk yang berkisarkan sekolah dan PDP guru. Perbincangan untuk menyelaraskan semula jadual waktu tutorial yang 7.30 pm tu untuk balik seawal mungkin. Masa rehat terpaksa dikorbankan.





Kelas BMM 3108 (En Fazil) juga ada tugasan bermula 12 Januari dan Penghantaran pada 6 April. Kelas PJM 3106e bersama En  Rosli Sham bin Ramli. Tugasan yang diberikan berkaitan dengan permainan atau fasa olahraga. Bersambung lagi dengan kelas Kokurikulum bersama Cik Rosyati bt Hussin. Tiada tugasan tetapi pelajar dikehendaki menyediakan portfolia Kokurikulum berlandaskan kemahiran asas, kejurulatihan, kepegawaian dan kepengelolaan (4K).

Kelas terakhir bersama Ustaz Mohd Basil bin Kabib @ Hj Damanhuri. Beliau terus memaparkan Portal Pembelajaran IPG. Nampak gayanya kena berforum ler sem ini. Juga tugasan menyediakan RPH dan BBM berteknologi terkini (Fotografi digital dan persembahan Multimedia). Hantar pada perjumpaan kedua 23 Februari 2013.

Selamat belajar

No comments:

Post a Comment

Kami menerima komen membina daripada anda.