Tuesday, 24 July 2012

PELAKSANAAN PEMULIHAN KHAS


Proses perlaksanaan Program Pemulihan Khas bermula seperti dalam carta aliran berikut:





  1.  Pencalonan Murid
Pencalonan murid untuk mengikut program pemulihan khas boleh dilakukan oleh guru kelas, guru besar dan ibu bapa atau penjaga.
-      Guru kelas mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran asas (menulis, membaca, mengira), hasil kerja murid dalam kelas atau keputusan ujian yang diikuti seperti ujian bulanan, semester atau ujian setiap kemahiran.
-  Guru besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
-   Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikut program pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka.
*Murid Tahun 1 dicalonkan selepas menjalani ujian saringan manakala bagi murid tahun 2 dan 3 berdasarkan pencapaian dalam mata pelajaran tahun sebelumnya.)

  1. Pengumpulan Maklumat
-       Maklumat peribadi dan prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan. Ini membolehkan guru pemulihan khas membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Daripada rekod peribadi, guru pemulihan khas dapat mengetahui tentang beberapa aspek pentingseperti kesihatan dan taraf sosio-ekonomi.
-       Sumber-sumber untuk memdapat maklumat adalah seperti berikut:-
a.     Guru Besar- berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan.
b.    Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah dan perhubungan dengan rakan-rakan.
c.    Ibu bapa – boleh member tahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran. Perbincangan dengan ibu bapa amat digalakkan bagi membolehkan perlaksanaan program pemulihan khas berjalan lancar.



  1. Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan
a.     Emosi dan tingkah laku
-        Perasaan risau dan rendah diri
-       Perasaan sedih atau hiba atau duka
-       Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
-       Perasaan takut akan perkara-perkara baru
-       Degil, tidak patuh kepada peraturan-peraturan dan suka melawan.

b.    Sosial
-       Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
-       Murid-murid lain benci kepadanya
-       Banyak perangai ganjil seperti menghisap atau menggigit jari
-       Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alas an
-       Bohong dan kadang-kadang mencuri.

c.    Kesihatan
-       Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan
-       Pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang(gemuk/kurus)
-       Tumpuan perhatian terhad
-       Lemah gerak moto kasar dan halus
-       Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.

d.    Kesedian Belajar
-       Belum bersedia untuk belajar
-       Perbendaharaan kata kurang
-       Lemah pemahaman
-       Kurang percaya terhadap diri sendiri.

e.    Pengamatan  
-       Tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan turutan
-       Lemah pendengaran bunyi
-       Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah
-       Lambat mengkelaskan benda
-       Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
-       Tidak dapat menyelesaikan masalah
-       Sukar buat kenyataan am.
-       Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
-       Tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif.
-       Lemah pergerakan dan perbuatan.
-       Lemah daya pemikiran.
-       Tidak boleh mengingat kembali.
  
  1. Ujian Saringan
 Menjalankan ujian saringan - satu ujian yang menyeluruh mengukur kekuatan dan kelemahan murid secara individu dalam penguasaan kemahiran asas untuk dicalonkan mengikuti Program Pemulihan Khas.

  1. Ujian Diagnostik
       Ujian untuk mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan murid.

  1. Rancang Pengajaran
          sebelum merancang pengajaran perlu diketahui:
  1.  apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran dimulakan.
  2.  apa yang perlu diketahui oleh murid selepas pengajaran dilakukan.


No comments:

Post a Comment

Kami menerima komen membina daripada anda.