Sunday 30 May 2021

MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DARAB PECAHAN OLEH CIKGU PAK MALAU

 


Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana, murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan yang berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi Tutorial ini dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik dan terus berusaha untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari. Inilah solusinya, Video PDPc ini boleh dilayari di mana-mana sahaja, bukan di kelas sahaja tetapi di dalam kereta, di rumah, di pusat membeli belah pada bila-bila masa. Apa tunggu lagi..moh kita kongsikan kepada rakan-rakan lain.




Video ini menerangkan kaedah mendarab pecahan yang melibatkan nombor bulat, pecahan wajar dan nombor bercampur. Dalam proses mendarab, murid-murid hanya perlu mendarab pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut. Kemudian murid-murid hanya perlu permudahkan jawapan jika boleh atau tukar jawapan kepada pecahan wajar. Tonton video ini untuk lebih pemahaman. Semoga membantu.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=voxa0kTO4LA   



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/pakmalau


No comments:

Post a Comment

Kami menerima komen membina daripada anda.