Friday 5 June 2020

Menghasilkan Video mp4 Dengan Microsoft Powerpoint

Jika anda buntu untuk menghasilkan video, anda boleh gunakan Microsoft Powerpoint sahaja. Pastikan ada menggunakan Office 2016 dan ke atas. Anda boleh hasilkan video montaj, video koperat untuk sekolah atau video majlis persaraan atau perpisahan guru di sekolah. Pastikan anda telah biasa menghailkan slide powerpoint dan biasa menghasilkan slide yang menarik dengan animasi yang hebat. Penggunaan teks dan gambar yang menarik. Serta anda biasa memasukkan video atau audio dalam slide powerpoint.
Akhirnya ada hanya perlu pilih
1. pilih "File"
2. pilih "Export"
3. pilih "Create a Video"
4. dan "Create Video"

Anda boleh tonton video di bawah untuk lebih jelas.

No comments:

Post a Comment

Kami menerima komen membina daripada anda.