Sunday 23 February 2014

KELAS AMALI PJ

AHAD, 23 Februari 2014, kelas amali PJM 3112 dimulai dengan lawatan ke stor sukan dan pengurusan stor sukan. Di ikuti pula Ujian Segak. Guru-guru belajar bagaimana menguruskan Ujian Segak.

Muat turun Bahan Ujian Segak
TAKLIMAT SEGAK

Permainan Tradisional, kumpulan berempat. Memilih 1 jenis permainan untuk dipertandingkan bersama dengan 6 lagi kelas pada 9 Mac 2014 (Amali ke 3 nanti). Pada hari tersebut sebanyak 6 kelas PJ akan mempersembah dan mempertandingkan permainan tradisional masing-masing dalam Satu Karnival Sukan Permainan Tradisional.  Pelajar perlu menyediakan perancangan dalam 3 peringkat, iaitu:-

Peringkat 1 - Persediaan
- menyediakan kertas kerja - pengenalan, rasional, onjektif, tarikh, masa, tempat, (dll), jawatankuasa, cara main, peraturan, pengiraan markah, penentu pemenang, inovasi dan sebagainya.

Peringkat 2 - pelaksanaan - pilih 1 permainan dari permainan yang dibuat oleh kumpulan setiap kelas. Kumpulan pemainan yang tidak terpilih akan membantu dalam aspek menjadi peserta, jawatankuasa dab sebagainya pada 9 Mac nanti.

Peringkat 3 - Pelaporan - 1 laporan bagi permainan yang dijalankan pada hari tersebut dan setiap INDIVIDU perlu membuat refleksi berdasarkan apa yang terjadi/berlaku/pengalaman dan pengetahuan yang anda dapat pada 9 Mac (Hari Permainan Bersama ,Karnival) tersebut. Nyatakan kekuatan dan kelemahan dan penambahbaikan. Refleksi itu perlu di jilidkan bersama dalam kumpulan kecil berempat anda, walaupun permainan yang di jalankan pada 9 Mac bukan permainan anda (tidak terpilih). Namun refleksi perlu dibuat berdasarkan pengalaman anda dan jenis sukan yang terpilih untuk KARNIVAL tersebut.











No comments:

Post a Comment

Kami menerima komen membina daripada anda.