Sunday 20 October 2013

INTERAKSI TERAKHIR SEM 5

19 Oktober 2013, interaksi kelima dan terakhir bagi sem 5 sebelum peperiksaan yang bulan November ini. Berdasarkan jadual hanya subjek BMM 3109 dan 3110 sahaja, tetapi maklumat terakhir daripada pensyarah, untuk subjek PJM juga ada peperiksaan dan subjek Sejarah penilaian UAK yang belum tentu tarikhnya. Selalulah rujuk blog UPP untuk mengetahui tarikhnya. Harap maklum.

* Tips untuk peperiksaan, soalan berdasarkan modul dan pro forma dan juga kelas interaksi yang kita hadir. Tugasan projek yang kita laksanakan sebelum ini juga amat penting, soalan selalunya ada kaitan dengan tugasan yang diberikan.

Ucapan sekalung PENGHARGAAN dan Terima Kasih kepada pensyarah yang membimbing kami untuk semester 5 ini iaitu En Ahmad Fazil bin Zainal Abidin (BM Sintaksis), Hj Daud Md Saman (BM Morfologi), En Adnan bin Baharom (Sejarah), En Othman bin Che Man (PJ) dan En Omar Saifuddin bin Ahmad (BIG). Kami kelas BM3 memohon maaf dan halalkan segala ilmu yang tuan berikan. Insya Allah jika dipanjangkan umur kita berjumpa lagi di Sem 6.

Selamat "study". Semoga kita semua berjaya dan dapat menjawab dengan baik.

p/s...Jawab jangan tak jawab..Tulis jangan tak tulis.


wajah KK baharu
Kudapan

No comments:

Post a Comment

Kami menerima komen membina daripada anda.