Sunday, 30 May 2021

TUTORIAL POWERPOINT, CARA MASUKKAN GAMBAR TANPA PERLU CARI DI INTERNET OLEH PAK MALAU

 

Microsoft PowerPoint amat mesra dengan seorang guru. Hampir setiap masa guru akan menggunakan PowerPoint sebagai bahan PDPCnya. Tapi tidak semua tahu fitur-fitur dalam Microsoft PowerPoint ini. Terlalu banyak jika hendak dipelajari.




Dalam tutorial ini saya tunjukkan cara cara untuk masukkan gambar-gambar yang menarik terus ke Slide PowerPoint. Kebiasaannya kita mencari di internet dan muat turun gambar tersebut. Tapi dengan fungsi yang saya tunjukkan ini, gambar tersebut terus masuk ke dalam slide kita. Semoga membantu.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=JlnzFjoMgX8 



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/pakmalau 

CARA MEMBINA SIFIR DUA DIGIT DENGAN KOTAK SEMBILAN OLEH CIKGU PAK MALAU

 

Anda sering menghadapi masalah dalam operasi bahagi jika pembahaginya dua digit. Proses membahagi akan menjadi lambat. Kebiasaan pelajar tidak menghadapi masalah dengan sifir satu digit, tapi jika bahagi dengan dua digit dan angkanya melebihi daripada dua belas.




Di dalam video ini saya tunjukkan cara membina sifir dua digit yang lebih besar daripada dua belas. Dengan membuat sembilan kotak anda hanya perlu isikan kotak-kotak tersebut dengan hanya menambah angka di kotak ketika sahaja. Semoga membantu anda dalam proses membahagi nanti. 




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=eZelZIBNcOs  



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/pakmalau


CARA MEMBINA SIFIR DUA DIGIT DENGAN KAEDAH KAWAIN ATAU GABUNG OLEH CIKGU PAK MALAU

 

Anda sering menghadapi masalah dalam operasi bahagi jika pembahaginya dua digit. Proses membahagi akan menjadi lambat. Kebiasaan pelajar tidak menghadapi masalah dengan sifir satu digit, tapi jika bahagi dengan dua digit dan angkanya melebihi daripada dua belas.




Di dalam video ini saya tunjukkan cara membina sifir dua digit yang lebih besar daripada dua belas. Sebagai contoh jika hendak membina sifir dua puluh tiga, kita gabung atau kawinkan sifir dua dan sifir tiga. Semoga membantu anda dalam proses membahagi nanti. 




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=Ggl_vzrsTSg   



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/pakmalau

SLIDE SHOW TIPS AND TRICKS | KEHEBATAN POWER POINT | OLEH PAK MALAU

 

Microsoft PowerPoint amat mesra dengan seorang guru. Hampir setiap masa guru akan menggunakan PowerPoint sebagai bahan PDPCnya.Bukan itu sahaja, guru-guru juga sering menggunakan PowerPoint untuk mengajar semasa kelas PDPR. 




Dalam tutorial kali ini, saya akan menunjukkan cara yang menarik ketika guru-guru menggunakan PowerPoint semasa mengajar. Semasa guru membuat persembahan atau Slide Show, guru-guru boleh menggunakan fungsi untuk membesarkan slide atau mengecilkan slide jika tulisan atau gambar terlalu kecil dan tidak dapat dibaca oleh pelajar tanpa perlu keluar daripada Slide Show tersebut. Bagaimana? Tonton video ini. Semoga membantu dan memberi manfaat kepada semua.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=p3bdhh_Y8OA  



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/pakmalau





CARA HASILKAN LOGO BERPUTAR DENGAN POWER POINT OLEH PAK MALAU

 

Anda sering meletakkan logo dalam video anda atau semasa kelas LIVE. Logo yang pegun sahaja kerana ianya adalah image pegun. Mesti lebih menarik jika image tersebut bergerak atau berputar. Bagaimana hendak buat? Saya tidak pandai.




Tutorial pada kali ini untuk menghasilkan logo yang berputar. Tidak kira apa sahaja logo. Mudah sahaja. Dengan Microsoft Power Point, anda boleh hasilkan logo berputar dengan lebih menarik dan kemas. Semoga membantu dan memberi manfaat kepada semua.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=M4QOQh0YQA0  



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau


PERSEMBAHAN LEBIH MENARIK DENGAN MORPH TRANSITIONS DALAM POWER POINT OLEH PAK MALAU

 

Anda tentu pernah mendengar Morph Transitions dan sering menggunakannya. Adakah anda tahu ada trick yang hebat dalam Morph. Jika yang belum pernah dengan atau menggunakan Morph Transitions, Morph ini terdapat dalam Power Point 365 atau 2019.




Dalam tutorial ini saya akan menunjukkan cara masukkan Morph Transitions yang mana sesuatu objek atau bentuk boleh berubah kepada bentuk yang lain. Contohnya bentuk segi empat boleh berubah ke bentuk bulatan dengan menarik sekali. Semoga bermanfaat.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=9dOaMYQfqsE   



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau


CARA BUAT QR CODE | DENGAN POWER POINT | MUDAH DAN PANTAS OLEH PAK MALAU

 

Cara paling mudah untuk beri sesuatu link kepada pelajar atau ibu bapa ialah dengan QR CODE. Dengan QR Code, pelajar atau ibu bapa hanya perlu imbas dan mereka akan pergi ke laman sesawang yang dikehendaki oleh guru.




Dalam tutorial ini saya tunjukkan cara paling mudah untuk hasilkan QR CODE iaitu hanya menggunakan Microsoft Power Point. Selepas anda menghasilkan sesuatu poster atau hebahan dengan Power Point, anda boleh tambahkan QR CODE dalam poster atau hebahan tersebut. Tidak lagi perlu melayai internet untuk menghasilkan QR Code. Dengan Power Point anda boleh berbuat sedemikian. Semoga membantu.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=mFXsAZrp248    



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau