Sunday, 30 May 2021

PERSEMBAHAN LEBIH MENARIK DENGAN MORPH TRANSITIONS DALAM POWER POINT OLEH PAK MALAU

 

Anda tentu pernah mendengar Morph Transitions dan sering menggunakannya. Adakah anda tahu ada trick yang hebat dalam Morph. Jika yang belum pernah dengan atau menggunakan Morph Transitions, Morph ini terdapat dalam Power Point 365 atau 2019.




Dalam tutorial ini saya akan menunjukkan cara masukkan Morph Transitions yang mana sesuatu objek atau bentuk boleh berubah kepada bentuk yang lain. Contohnya bentuk segi empat boleh berubah ke bentuk bulatan dengan menarik sekali. Semoga bermanfaat.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=9dOaMYQfqsE   



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau


CARA BUAT QR CODE | DENGAN POWER POINT | MUDAH DAN PANTAS OLEH PAK MALAU

 

Cara paling mudah untuk beri sesuatu link kepada pelajar atau ibu bapa ialah dengan QR CODE. Dengan QR Code, pelajar atau ibu bapa hanya perlu imbas dan mereka akan pergi ke laman sesawang yang dikehendaki oleh guru.




Dalam tutorial ini saya tunjukkan cara paling mudah untuk hasilkan QR CODE iaitu hanya menggunakan Microsoft Power Point. Selepas anda menghasilkan sesuatu poster atau hebahan dengan Power Point, anda boleh tambahkan QR CODE dalam poster atau hebahan tersebut. Tidak lagi perlu melayai internet untuk menghasilkan QR Code. Dengan Power Point anda boleh berbuat sedemikian. Semoga membantu.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=mFXsAZrp248    



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau


TMK TAHUN 6 | KAWALAN ALIRAN DALAM ATUR CARA | ALIRAN URUTAN DAN PILIHAN TUNGGAL OLEH PAK MALAU

 

Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK merupakan satu mata pelajar yang amat diminati oleh pelajar kerana mereka berpeluang untuk masuk ke Makmal Komputer dan dapat menggunakan komputer. Namun mereka tidak sewenang-wenangnya boleh melayari internet kerana mereka perlu belajar untuk mata pelajaran TMK. Bagi Tahun 6, mereka akan belajar Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir. Apakah semua ini?




Video ini menerangkan Kawalan Aliran dalam Atur Cara. Apakah Atur Cara? Atur cara merupakan satu set arahan bagi semua aktiviti seharian atau peralatan elektronik yang automatik. Setiap perkara yang kita lakukan atau perkakasan elektronik mempunyai atur caranya sendiri. Apakah yang dikatakan kawalan aliran dalam atur cara? Apakah aliran secara urutan dan pilihan tunggal? Jom kita belajar. Semoga video ini membantu guru-guru dan juga para pelajar.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=VfjiX-5jvfs 



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau


BAGAIMANA MEMBUAT MASKING PADA IMAGE DENGAN POWER POINT | OLEH PAK MALAU

 


Microsoft PowerPoint bukan setakat membuat persembahan malah lebih daripada itu. Dengan PowerPoint perbagai perkara boleh dilakukan. Membuat video dalam format MP4 atau GIF, mengedit gambar dan perbagai perkara yang menarik.




Kali ini saya tunjukkan cara untuk membuat Masking Image dengan menggunakan Microsoft PowerPoint. Senang dan mudah. Lagipun saya percaya di dalam komputer anda mesti ada aplikasi Microsoft Office dan PowerPoint. Ini tidak menjadi masalah kerana anda tidak perlu install aplikasi yang lain untuk membuat masking ini. Semoga membantu dan memberi manfaat kepada semua.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=DVmdD3yH0tk     



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau


MATEMATIK BAHAGI PECAHAN SEKOLAH RENDAH OLEH CIKGU PAK MALAU

 


Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana, murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan yang berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi Tutorial ini dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik dan terus berusaha untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari. Inilah solusinya, Video PDPc ini boleh dilayari di mana-mana sahaja, bukan di kelas sahaja tetapi di dalam kereta, di rumah, di pusat membeli belah pada bila-bila masa. Apa tunggu lagi..moh kita kongsikan kepada rakan-rakan lain.




Video ini menerangkan kaedah membahagi yang melibatkan pecahan. Antaranya, langkah pertama jadikan nombor bulat kepada pecahan tak wajar. Songsangkan operasi bahagi kepada darab. Songsangkan pecahan tak wajar kemudian pengangka darab pengangka dan penyebut darab penyebut. Pemudahkan jawapan. Anda boleh menonton video ini untuk lebih pemahaman. Semoga membantu murid-murid.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=1nLT8ba04iQ  



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/pakmalau


CARA TINGKATKAN KESELAMATAN AKAUN GOOGLE | TWO STEP VERIFICATION OLEH PAK MALAU

 

Anda mungkin pernah mendengan akaun google atau You Tube rakan-rakan anda digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Ini mungkin kerana anda tidak membuat langkah-langkah yang perlu untuk meningkatkan keselamatan akaun Google anda. Sebenarnya Google sering memperingatkan kita untuk menjaga keselamatan akaun kita dengan mempertingkatkan keselamatan yang disarankan.




Dalam tutorial ini saya akan menerangkan cara meningkatkan keselamatan akaun Google secara tidak langsung juga mempertingkatkan keselamatan Akaun YouTube anda. Caranya mudah sahaja iaitu dengan membuat 2 step Verification. Bagaimana? Jom kita sama-sama melakukannya. Semoga membantu.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=ahIEz3XT7Ys      



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau


MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DARAB PECAHAN OLEH CIKGU PAK MALAU

 


Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana, murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan yang berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi Tutorial ini dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik dan terus berusaha untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari. Inilah solusinya, Video PDPc ini boleh dilayari di mana-mana sahaja, bukan di kelas sahaja tetapi di dalam kereta, di rumah, di pusat membeli belah pada bila-bila masa. Apa tunggu lagi..moh kita kongsikan kepada rakan-rakan lain.




Video ini menerangkan kaedah mendarab pecahan yang melibatkan nombor bulat, pecahan wajar dan nombor bercampur. Dalam proses mendarab, murid-murid hanya perlu mendarab pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut. Kemudian murid-murid hanya perlu permudahkan jawapan jika boleh atau tukar jawapan kepada pecahan wajar. Tonton video ini untuk lebih pemahaman. Semoga membantu.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=voxa0kTO4LA   



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/pakmalau