Friday, 5 June 2020

Cara Mudah Menghilangkan Latar Belakang Tanpa Perlu Photoshop

Mungkin anda menghadapi masalah untuk mengedit gambar, terutamanya untuk menghilangkan latar belakang atau background. Anda tidak tahu menggunakan photoshop atau aplikasi photo editor yang lain. Video di bawah saya tunjukkan cara pantas untuk menghilangkan latar belakang. Cuma ingatan, pastikan file image tersebut di save dalam bentuk PNG dan file janganlah terlalu besar kerana kita akan upload. Dan pastikan yang anda ada akses internet.

Lihat caranya:

Menghasilkan Video mp4 Dengan Microsoft Powerpoint

Jika anda buntu untuk menghasilkan video, anda boleh gunakan Microsoft Powerpoint sahaja. Pastikan ada menggunakan Office 2016 dan ke atas. Anda boleh hasilkan video montaj, video koperat untuk sekolah atau video majlis persaraan atau perpisahan guru di sekolah. Pastikan anda telah biasa menghailkan slide powerpoint dan biasa menghasilkan slide yang menarik dengan animasi yang hebat. Penggunaan teks dan gambar yang menarik. Serta anda biasa memasukkan video atau audio dalam slide powerpoint.
Akhirnya ada hanya perlu pilih
1. pilih "File"
2. pilih "Export"
3. pilih "Create a Video"
4. dan "Create Video"

Anda boleh tonton video di bawah untuk lebih jelas.

Merakam Perbentangan Dengan Powerpoint

Sepanjang PKP ini, para pelajar hanya hadir kelas secara Online. Pensyarah atau guru memberikan tugasan dan meminta anda membuat pembentangan. Jadi dengan Microsoft Powerpoint, anda boleh merakam perbentangan terserbut dan menghantarnya kepada pensyarah atau guru anda. Jika Microsoft Office 2019, anda boleh merakam suara dan video sekali, tetapi jika Microsoft Office 2019 ke bawah, contohnya 2016 atau 2013, anda boleh merakam audio sahaja. Selepas merakam, anda boleh simpan dalam bentuk ppt atau anda boleh jadikannya VIDEO MP 4. Bagaimana untuk menghasilkan slide powerpoint tersebut sebagai video mp4, saya akan letakkan video di bawah.

Video Cara Merakam Pembentangan



Cara membuat video daripada slide powerpoint

Mengajar Online Mudah dengan Microsoft Word

Sepanjang PKP ini, tentu guru-guru sibuk mengadakan kelas Online bersama pelajar. Jika guru-guru susah untuk menggunakan aplikasi seperti Canvas, Jambord atau sebagainya, anda boleh gunakan Microsoft Word sahaja. Tentu anda telah biasa dengan word ini dan tahu menggunakannya. Anda boleh sediakan soalan dan terus menulis dengan menggunakan USB Pen Tablet.

Anda boleh tonton video di bawah. Harap video tersebut dapat membantu.


Menulis dalam Word Menggunakan USB Pen Tablet

Bagaimana anda boleh menulis dalam Microsoft Office Word dengan USB Pen Tablet. Baiklah jika anda ada membeli Drawing Tablet Pen HUION Model 420 (H420) bagi yang menggunakan Windows 10, anda cuba perlu plug and play. Terus boleh guna. Jika anda menggunakan selain Windows 10, mungkin anda memerlukan Driver untuk Install HUION Usb Pen Tablet tersebut. Jadi saya bg link untuk download Driver di bawah:

https://www.huion.com/download/p_7.html?fbclid=IwAR11rUC1Xce_Qrp34vLp8Gao-KbLnCVZaY4thory4Vi_4PPQgEB-uPQDu5Q

Bagi yang menggunakan Win 7, cari H420 (2048)

Baiklah, sekarang anda boleh tonton video dibawah untuk melihat bagaimanakh caranya kita boleh menggunakan USB Pen Tablet dalam word. Jangan lupa SUBSCRIBE video tersebut selepas menonton.Terima Kasih

Green Screen dengan OBS Studio 25.0.1

Cara membuat video dengan cara menghilangkan latar belakang sama ada hijau, biru atau sebagainya. Yang penting latar belakang mestilah satu warna sahaja. Anda juga boleh masukkan teks atau image sebagai latar belakang.

Saksikan video di bawah dan jangan lupa SUBSCRIBE video tersebut


Wednesday, 27 June 2018

MENDAPAT DG 42

Setelah Tamat Pengajian Program Pensiswazahan Guru (PPG) Kohort 2 Jun 2011 - Ogos 2015, akhirnya SUrat Urusan Kenaikan Pangkat PPP ke Gred DG 42 (KUP) telah di terima. Tarikh kenaikan ke Gred DG 42 KUP bermula 01 Disember 2016

Surat DG 42 daripada Lembaga Kenaikan Pangkat KPM

Keputusan Kenaikan Pangkat DG 42

Tahniah kepada Pelajar Kelas BM 3 IPG Kampus Tunku Bainun (PPG 2011-2015)