Friday, 5 June 2020

Mengajar Online Mudah dengan Microsoft Word

Sepanjang PKP ini, tentu guru-guru sibuk mengadakan kelas Online bersama pelajar. Jika guru-guru susah untuk menggunakan aplikasi seperti Canvas, Jambord atau sebagainya, anda boleh gunakan Microsoft Word sahaja. Tentu anda telah biasa dengan word ini dan tahu menggunakannya. Anda boleh sediakan soalan dan terus menulis dengan menggunakan USB Pen Tablet.

Anda boleh tonton video di bawah. Harap video tersebut dapat membantu.


Menulis dalam Word Menggunakan USB Pen Tablet

Bagaimana anda boleh menulis dalam Microsoft Office Word dengan USB Pen Tablet. Baiklah jika anda ada membeli Drawing Tablet Pen HUION Model 420 (H420) bagi yang menggunakan Windows 10, anda cuba perlu plug and play. Terus boleh guna. Jika anda menggunakan selain Windows 10, mungkin anda memerlukan Driver untuk Install HUION Usb Pen Tablet tersebut. Jadi saya bg link untuk download Driver di bawah:

https://www.huion.com/download/p_7.html?fbclid=IwAR11rUC1Xce_Qrp34vLp8Gao-KbLnCVZaY4thory4Vi_4PPQgEB-uPQDu5Q

Bagi yang menggunakan Win 7, cari H420 (2048)

Baiklah, sekarang anda boleh tonton video dibawah untuk melihat bagaimanakh caranya kita boleh menggunakan USB Pen Tablet dalam word. Jangan lupa SUBSCRIBE video tersebut selepas menonton.Terima Kasih

Green Screen dengan OBS Studio 25.0.1

Cara membuat video dengan cara menghilangkan latar belakang sama ada hijau, biru atau sebagainya. Yang penting latar belakang mestilah satu warna sahaja. Anda juga boleh masukkan teks atau image sebagai latar belakang.

Saksikan video di bawah dan jangan lupa SUBSCRIBE video tersebut


Wednesday, 27 June 2018

MENDAPAT DG 42

Setelah Tamat Pengajian Program Pensiswazahan Guru (PPG) Kohort 2 Jun 2011 - Ogos 2015, akhirnya SUrat Urusan Kenaikan Pangkat PPP ke Gred DG 42 (KUP) telah di terima. Tarikh kenaikan ke Gred DG 42 KUP bermula 01 Disember 2016

Surat DG 42 daripada Lembaga Kenaikan Pangkat KPM

Keputusan Kenaikan Pangkat DG 42

Tahniah kepada Pelajar Kelas BM 3 IPG Kampus Tunku Bainun (PPG 2011-2015)


Saturday, 2 December 2017

i THNIK

Modul iTHINK

1. Panduan Siapkan iTHINK
2. Murid Abad ke 21
3. Sekolah Pemikiran
4. Enam titik permulaan
5. Alat visual untuk pembelajaran
6. Proses pemikiran
7. Mendifinisikan mengikut konteks (peta bulatan)
8. Menerangkan (peta buih)
9. Membanding beza (peta buih berganda)
10. Pengelasan (peta pokok)
11. Hubungan seluruh bahagian (peta dakap)
12. Urutan (peta alir)
13. Sebab dan akibat (peta pelbagai alir)
14. Melihat analogi (peta titi)
15. Bingkai rujukan
16. Latihan berpandu
17. Kuiz sekolah iTHINK
18. Penyoalan dan pembinaan soalan berkesan
19. KBAT
20. Penetapan konteks
21. Proses pemikiran


Thursday, 5 January 2017

AKHIRNYA

Syukur ke hadrat Ilahi dengan Limpah dan KurniaNya urursan kenaikan pangkat DG42 akhirnya tercapai. Alhamdulilah

Memulakan pengajian pada JUN 2011 dan TAMAT pada JUN 2015. Majlis Konvokesyen pada DISEMBER 2015 di MAEPS Serdang Selangor.

JANUARI 2017 pelajar PPG menerima surat Urusan Pemangkuan DG42 (KUP) secara berperingkat-peringkat.




TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR PPG 
DAN KHAS KEPADA SEMUA PELAJAR
KELAS BAHASA MELAYU 3
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN