Sunday, 21 April 2013

HAMPIR SELESAI SEMESTER 4

Alhamdulillah..semester 4 sudah hampir selesai. Segala tugasan sudah disempurnakan. Menunggu untuk menjawab soalan peperiksaan sahaja lagi. Tarikh peperiksaan sebenar belum diketahui, cuma tarikh jangkaan ialah 18 Mei sehingga 24 Mei. Selalulah merujuk Blog Unit Peperiksaan IPG KTB di


Selamat mengulangkaji pelajaran.

Saturday, 20 April 2013

OLAHRAGA WAJ3112

Kelas olahraga bersama En Rosdaud (RD)..lari berganti-ganti dan lompat jauh. Memenatkan tapi 'enjoy'. Folio telah selamat diserahkan.Ada yg 1 rim kertas A4 ada yg setengah rim dan ada yang ber rim rim. Tapi, kalau jatuh kat tepi jalan folio tu,, pasti orang yang jumpa itu tahu mengajar teknik lontar peluru, lompat jauh, lari pecut dan lari berganti-ganti.









Wednesday, 17 April 2013

PENYEDIAN LAPORAN BIG

TERKINI:
Pesanan dari En Omar Saifuddin bin Ahmas (Penyelia BIG BM3)
Perjumpaan 20 April (Esok) bawa sekeping gambar ukuran passport untuk di tampal pada borang laporan sahsiah. Terima kasih.
LAPORAN BIG tu hantar esok juga

Kelas kita telah selamat mengadakan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 Semester 4 ini dengan jayanya di SK Kuala Kurau Baru, Kuala Kurau. Sekalung tahniah dengan kejayaan ini. Dengan kerjasama kita akan mendapat hasilnya.

Namun ada tugas yang belum selesai. Kita dikehendaki menyerah/menghantar FOLIO BIG Fasa 2 ini dalam 2 tugasan. 1 Folio Kelas dan 2 Folio Individu. Untuk Folio Kelas En Shahrun Nizam sedang mengusahakannya. Harapan saya agar EN AZMAN ADUMI mencetak power point CERAMAH beliau. Kepada yang membuat LAPORAN bergambar EN MOHD PARDZLI LAZIM. Minta send kepada KK untuk diedarkan kepada semua rakan-rakan supaya mereka boleh mencetak sendiri.

Dokumentasi VIDEO akan disediakan oleh PN ROHAIZA.  KK telah menyiapkan minit mesyuarat kita pada hari pertama perjumpaan perbincangan BIG dahulu.

Untuk tugasan INDIVIDU kita hanya perlu menyediakan REFLEKSI dan LAPORAN SAHSIAH dari Guru Besar / Pengetua masing-masing.  Untuk Muka Depan (COVER) boleh di seragamkan dengan memuat turun DI SINI.  Terima kasih kepada Azmi yang menghantar contoh muka depan.

Juga terima kasih kepada semua yang menjayakan BIG ini dan menyiapkan Tugasan Folio BIG ini.

Sama-sama lah kita menjayakan PPG ini. Semoga sampai kehujungnya.


Isi Kandungan Folio Individu
1. Muka Depan
2. Biodata
3. Senarai Nama
4. Pengenalan Program
5. Kertas Kerja
6. Laporan Big Fasa 2
7. lampiran    - Brosur
-      Slide power point
-      Gambar
8. Refleksi


MAKLUMAN TAMBAHAN
KELAS 20 APRIL (SABTU) SEPERTI BIASA KERANA IPGKTB TIDAK DIJADIKAN PUSAT PENAMAAN CALON.

KELAS AMALI PJ PADA HARI AHAD 21 APRIL SEPERTI BIASA
KELAS 4 JAM LAGI.

Tuesday, 16 April 2013

TEMA HARI GURU 2013


GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013




HURAIAN 1ASPIRASI:


Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.


Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.


Monday, 15 April 2013

PELAKSANAAN BIG FASA 2

13 APRIL 2013
SK KUALA KURAU (BARU)
8.00 AM-1.30PM





Pihak kami (Kelas BM3 PPG IPG KTB) mengucapkan ribuan terima kasih kepada SK Kuala Kurau Baru yang diketui oleh Guru Besarnya iaitu En Ahmad bin Abd Samad yang sanggup menerima kami bagi menjalankan BIG FASA 2 ini. Juga tidak dilupakan kepada semua warga SK Kuala Kurau Baru yang sanggup menghadirkan diri dalam slot Ceramah yang dijalankan. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan anda hanya Allah sahaja yang membalasnya.

Acara dimulakan dengan ucapan wakil kelas BM3 iaitu En Mazni bin Othman (Ketua Kelas) dan ucapan oleh Guru Besar SK Kuala Kurau Baru En Ahmad bin Abd Samad. Kemudian sesi slot Ceramah Motivasi Guru bertajuk "Guru Cemerlang Murid Terbilang' oleh Saudara Azman bin Adumi.

Kemudian kami dilawati oleh pensyarah pembimbing BIG iaitu En Omar Saifuddin bin Ahmad. Beliau menyampaikan sepatah dua kata di dalam majlis ini.

Program diteruskan lagi dengan aktiviti gotong royong menghias Bilik Seni SK Kuala Kurau Baru serta menyiapkan mural Peta Malaysia. 

Alhamdulillah... segalanya berjalan dengan lancar dan program BIG ini taman pada jam 2.00 petang.






Thursday, 11 April 2013

BINA INSAN GURU (BIG)


PR4OGRAM BINA INSAN (BIG) KELAS BM3

PENGANJUR
 Jawatankuasa Kerja Bina Insan Guru Fasa II,
              PPG Ambilan Jun 2011 Kump. BM 3

TARIKH , MASA, TEMPAT

Tarikh :           13 April 2013
Masa :            8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat:          SK. Kuala Kurau (Baru), Bt.!4 Jln. Pantai, 34350 Kuala Kurau, Perak

PENSYARAH PEMBIMBING

1. Encik  Ahmad Fazil bin Zainal Abidin (Tutor)
 2. Encik Omar Saifuddin bin Ahmad ( Jurulatih BIG)

PESERTA

24 orang pelajar PPG dari kumpulan BM3  Ambilan Jun 2011
Guru  lelaki                                        : 8 orang
Guru  perempuan                             : 16 orang
Guru SK. Kuala Kurau(Baru)        : 29 orang
Murid SK. Kuala Kurau (Baru)      : 20 orang

ATURCARA MAJLIS

            8.00 pagi                    - Pendaftaran
                                                - Ucapan alu-aluan pengerusi
                                                - bacaan doa
                                                - Ucapan Guru Besar
                                                -Ceramah

            10.00 pagi                 - Rehat

            10.30 pagi                 - Majlis gotong-royong bersama murid

            1.30 tengah hari       - Bersurai

PESAN KK * bawa 'pen drive' untuk 'copy' bahan kuliah Anatomi dan Fisiologi' 

Terima Kasih.

Friday, 5 April 2013

KELAS 6 APRIL 2013

En Rosli Sham bin Ramli pensyarah PJM 3106 tidak dapat hadir pada kuliah esok hari (6 April 2013), maka beliau akan mengganti kelas pada hari Ahad 7 April 2013 bersama dengan kelas amali PJ. Kelas bermula jam 2.00 pm hingga 6.00pm (4 jam) 2 jam amali dan 2 jam kelas ganti.

En Rosli Sham minta buat petang sebab pagi dia ada hal

Sekian harap maklum