Thursday, 21 February 2013

UCAPAN TAKZIAH

Berita sedih.... Bapa kepada mantan ketua kelas BM3 Cikgu Azmi bin Ramli telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.05 pagi tadi (21 Feb 2013). Seluruh warga BM3 mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Semoga arwah bapanya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...sedekahkan Al Fatihah untuk arwah.......amin

Friday, 15 February 2013

APAKAH PANDANGAN ANDA SEBAGAI GURU

Setelah membaca komen-komen daripada penggemar 'FACEBOOK'...Kita sebagai guru boleh menilai sendiri pandangan UMUM terhadap GURU.

Thursday, 31 January 2013

BIG SEM 4

Ada desas-desus mengatakan satu Taklimat BIG akan diadakan pada Sabtu 3 Februari 2013 ini. Kami pelajar BM 3 mula gelisah. Tiada hitam putih dan kata muktamad. Bagi pelajar yang mengajar di negeri Kedah perlu memohon Cuti Tanpa Rekod. Surat siaran taklimat diperlukan. 

Selapas itu, ada pula yang menyatakan yang taklimat BIG ini untuk Kohort 2 (Sem 3) sahaja. Kami makin tertanya-tanya.

Namun ingin saya maklumkan di sini bagi pelajar kelas BM 3
Taklimat BIG pada 3 Februari ini, kita TIDAK terlibat. Hanya untuk pelajar KOHORT 2 (SEM3) sahaja.

Sekian Harap maklum

Monday, 21 January 2013

NOTA ASAS FOTOGRAFI

MAKLUMAN: PESANAN DARIPADA PENSYARAH EDU3105 EN MOHD BASIL BIN HAJI DAMANHURI SUPAYA MEMBACA NOTA ASAS FOTOGRAFI INI. TERIMA KASIH