Friday, 12 October 2012

NOTA HUBUNGAN ETNIK

NOTA UNTUK BACAAN SEBELUM UJIAN


maksud perkataan
 1.  etnik - sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hmpir seragam, trmasuk adat resam, pakaian, bhs dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yg berkaitan rapat dgn konsep2 ras dan bangsa.
 2. Etnisiti - - merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kump etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yg menyatukan anggotanya dgn 1 t/laku yg sama.
 3.  Etnisentrik - merujuk kpd kepercayaan atau rasa bangga yg wujud dlm kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bhw budaya mrk adalah lebih baik drpd kelompok lain.

Ciri ciri
 1. kebendaan – berubah mengikut masa, kecintaan ikut keperluan, diwarisi, peralatan dan kelengkapan hidup.

2. bukan kebendaan - kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.

Cadangan eratkan hubungan etnik
1. bertolak ansur
2. memahami sejarah etnik / negara
3. memahami budaya masyarakat majmuk.
4. tindakan tegas terhadap provokasi.

Faktor penarikan dan penolakan

faktor yang menyumbang perbentukan perlembagaan persekutuan
1. perjuangan menuntuk kemerdekaan
2. penentangan terhadap malayan union
3. memorendom perikatan
4. sikap tolak ansur

Unsur tradisi yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan
1.  kedudukan raja-raja melayu.
2.  hak keistimewaan orang melayu
3.  islam sebagai agama rasmi
4. bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
5. hak kerakyatan

langkah oleh kerajaan bagi mengekalkan kestabilan politik
1.  perpaduan kaum
2. perkongsian kuasa
3. tolak ansur – tolenrasi
4. keadilan dalam pemerintahan
5. kawalan

peranan masyarakat bagi mengekalkan kestabilan politik
1.  memahami sejarah negara
2. tidak membangkitkan isu perkauman
3. hubungan kaum yang erat
4. tolak ansur dalam masyarakat

ciri masyarakat pluraliti baru
Pluraliti bermaksud kemajmukan ataupun kepelbagaian
plural – banyak / pecah


Pemerintahan – pemerintah dan yang diperintah ada yang berlainan bangsa, hidup dalam komuniti yang berasingan
budaya dan politik – nilai budaya dan politik yang dikongsi oleh komuniti yang berbeza melalui persetujuan kebangsaan.
ekonomi – kecenderungan untuk meramal konflik ekonomi dalam konteks bangsa.
matlamat dan keinginan – bangsa2 yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama seperti keamanan dan kesejahteraan.
konflik – sedikit campur tangan pihak luar kadang kala diperlukan bagi meleraikan konflik yang mungkin wujud di antara masyarakat pluraliti baru ini.

1.  hidup dalam keadaan berasingan – mempunyai kepelbagaian budaya
2. interaksi sosial antara etnik terbatas.
3. mengamalkan budaya agama tersendiri.
4. kelemahan keazaman sosial
5. wujud atas dasar konflik dan paksaan.

Cara2 integrasi politik dapat dilaksanakan
1. berkongsi kuasa
2. bertolak ansur
3. mengamalkan politik perkauman

dasar2 bagi membasmi kemiskinan dalam dasar pembangunan negara.
1. melaksanakan program rakyat termiskin
2. pemindahan teknologi ke kawasan luar bandar.
3. mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor industri, perdagangan perbandaran.
4. menubuhkan agensi Felda, felcra, risda
5. membantu meningkatkan produktiviti pertanian melalui pertanian bersepadu dan mengkormesialkan sektor pertanian.

faktor yang boleh menyebabkan konflik antara etnik
1.  tindakan provokasi antara kaum
2.  fahaman agama yang sempit.
3.  tidak memahami budaya masyarakat
4.  tiada tolak ansur dalam sesuatu isu perkauman

langkah2 mewujudkan hubungan kaum yang harmonis
1.  perbahagian ekonomi yang adil
2.  peluang pendidikan
3.  layanan yang sama rata antara etnik
4.  pembahagian politik
5.  perhormatan terhadap budaya kaum lain.

Tuesday, 9 October 2012

Nota untuk persediaan UAK WAJ3106 Hubungan Etnik

PEPERIKSAAN UAK 2012 Ambilan Jun 2011 (semester 3)

WAJ 3106     2.30 HINGGA 4.00 PETANG
13 Oktober 2012
Tempat : akan dimaklumkan kemudian kerana terdapat perubahan tempat.


Konsep Asas dalam Hubungan Etnik

Masyarakat – kump ind yg hidup bersama di sesuatu tmpt dgn aturan dan cara tertentu. Ind. Keluarga dan kump2 kecil merupakn anggota sesebuah msykt. Jaringan erat wujud dlm anggota tersbt khususnya melalui hubungan bersemuka.

Etnik – sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hmpir seragam, trmasuk adat resam, pakaian, bhs dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yg berkaitan rapat dgn konsep2 ras dan bangsa.
Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat2 biologi ant sesame manusia.
Etnik sering berbeza berdasarkn cirri budaya sprt adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi hiburan. Di Msia org melayu cina india  kadazan dusun melanau dan pelbagai lg dianggap sebagai etnik.

Etnisiti dan Etnosentrik –
Etnisiti - merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kump etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yg menyatukan anggotanya dgn 1 t/laku yg sama
Etnosentrisme – merujuk kpd kepercayaan atau rasa bangga yg wujud dlm kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bhw budaya mrk adalah lebih baik drpd kelompok lain.

Ras dan Rasisme
Ras – sbg kelompok social yg mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri2 fizikal-biologikal nyata sprt warna kulit, warna mata dan sbgnya.
Rasisme – pandangan dan pemikiran atau kepercayan negative sesuatu kelompok social atau para anggotanya trhdp sesuatu kelompok lain brdsrkan Ras semata2 dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkait rapat dgn konsep prejudis dan stereotaip , diskrimenasi.

Prejudis, Stereotaip dan Diskriminasi
Prejudis – pndgan negative mengenai ahli atau kelompok etnik lain yg tersemat dlm hati seseorng atau kelompok etnik tertentu Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
Stereotaip – kenyataan umum yg negative trhdp sesuatu etnik. Org Belanda itu bersifat kedekut.
Diskriminasi – pndgan, pemikiran dan kepercayaan negative seseorng atau kelompok etnik trhdp anggota lain. Ia merupakan perbuatan membanding bezakan seseorng ind.  atau sesuatu kelompok etnik lain brdsrkn ciri2 etnik semata2.

Budaya
Cara hidup yg diamalkan oleh kump trtentu meliputi system social, politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Ciri budaya – dipelajri, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-rubah, mempunyai unsure simbolik.
Budaya dibahagikan kpd budaya kebendaan dan bukan kebendaan.
Kebendaan spt rumah, kereta, perahu, senjata dan sbgnya.
Buka Kebendaan spt kepercayaan, adat istiadat, undang2
Budaya memberikan identity kpd sesuatu kelompok dlm aspek pengendalian hidup.

Perpaduan dan Integrasi
Perpaduan – satu proses yg menyatupadukan seluruh msykt dan Negara spy setiap anggota msykt dpt membtk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tnh air.
Integrasi – satu proses bg mewujudkan satu identity nasional dlm kalangan kump terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dlm sesebuah unit politik. Unsur integrsi terdiri drpd  - Integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, social, pendidikan politik.
Segregasi – pemisahan atau pengasingan ant satu kump etnik dgn kump etnik yg lain dlm sesebuah negara.
Akomodasi – Switrzerland ialah negara yg mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.
Akulturasi – satu proses penerimaan unsure kebudayaan dlm kalangan ind atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yg berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dgn suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dgn unsure dari suatu kebudayaan asing yg berbeza sehingga unsure kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

Asimilasi – satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dgn kebudayaan dan identity yg sama. Kejayaan asimilasi brgantung kpd kesanggupan etnik minority menghilangkan identity mereka dan menerima identity kump etnik majority.

Amalgamasi – satu proses yg terjadi apabila budaya atau Ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.

Pluraliti – Pluralisme budaya bukan fenomena baru Interaksi ant pelbagai budaya spr Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke 5 masihi lagi.

Monday, 8 October 2012

TOTURIAL 5 DAN 6 OKTOBER 2012

Perjumpaan kali ini lebih membincangkan tentang PEPERIKSAAN dan UAK yang akan diadakan pada
13 OKTOBER 2012 untuk Kertas WAJ3106 Hubungan ETNIK.
MAKLUMAN PEPERIKSAAN UAK
Makluman - Selepas Ujian HE waj3106
Kelas PJM 3102 bersama Pn Shanti aka diteruskan.
4.30 pm - 5.30 pm
Gymnasium Ungku Aziz
makluman terkini daripada KK
Untuk nota HE sebagai persedian UAK (13 Okt 2012) nanti
Untuk makluman lanjut sila layari laman BLOG
UNIT PEPERIKSAAN DAN PENGANUGERAHAN  bermula 10 Oktober nanti. Anda boleh mencetak SLIP peperiksaan dan mengetahui TARIKH sebenar PEPERIKSAAN bagi SEMESTER 3 ini. 

Alhamdulillah bagi SUBJEK BMM3105 Pengajaran Berbantukan Komputer, tiada peperiksaan. Bagi SUBJEK BMM3106 PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGAYAAN, beberapa tajuk dan topik untuk perhatian kita yang dijangka naik dalam peperiksaan,

Bagi subjek EDU3106 juga, Alhamdulillah semua berjaya menyiapkan folio dan Markah Kerja Kursus dan Penghasilan Buku Skrap juga amat memuaskan. Cuma markah peperiksaan sahaja yang perlu diberi perhatian. Untuk itu dicadangkan beberapa tajuk yang perlu untuk perhatian kita semua untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti.
SILA RUJUK sini.

 Pada sebelah petang, bermula jam 2.00 - 4.00 kami semua mengambil UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS bagi SUBEJK PJM 3102. Sekali lagi syukur kepada Ilahi, semua pelajar Kelas BM3 amat cemerlang dalam Ujian Amali ini. 

CIKGU AZMAN BERLATIH PERGERAKAN ASAS


                              LITAR PERGERAKAN ASAS                     MENUNGGU


Untuk Folio PJM3102, anda diminta bersedia dengan fail tersebut. 
ISI KANDUNGAN

Pembahagian setiap kandungan guna
kertas WARNA KUNING


HARI AHAD 7 OKTOBER 2012
Bermula jam 8.30 pagi, Amali Permainan Kanak-Kanak bermula.
Semua kumpulan (4 Kumpulan) telah siap sedia. Segala-galanya berjalan lancar dan semua kumpulan dapat mempersembahkan permainan mereka dengan BAIK sekali. Tahniah.



Selesai Ujian Amali Permainan Kanak-Kanak, beberapa pelajar Kelas BM3 diketuai oleh Ketua Kelas (KK) nya iaitu En Azmi bin Ramli telah ke Ole-Ole Bowl Kulim. Bersantai dan melepaskan tekanan setelah 2 hari berkampung di IPGKTB. Selepas ini KK bercadang untuk mengadakan Pertandingan Tenpin Boling untuk Kelas BM3.

Tuesday, 2 October 2012

PERHATIAN GROUP PPG BM3

PERJUMPAAN (KELAS TUTORIAL) Hari Sabtu 6 Oktober 2012 seperti biasa.
Waktu Kelas PJ, kita dikehendaki menjalani UJIAN PERGERAKAN ASAS. Oleh itu, bawa pakaian PJ (Ungu). p/s Kalau boleh hafaz 20 pergerakan asas yang telah dicipta.

AHAD Kelas PJ - Ujian Amali Permainan Kanak-Kanak bermula jam 8 00 pagi. Harap bersedia.

Terima Kasih. Harap Maklum.
Sebarang pertanyan hubungi KK 

Monday, 10 September 2012

TAKLIMAT BIG

      Taklimat selama 5 jam ini bermula jam 8.00pagi berakhir jam 2.00 petang. Pelajar dimaklumkan BIG perlu dilaksanakan di sekolah sekurang-kurangnya 10 jam. Pelaksanaan boleh dalam berkumpulan. Kumpulan boleh terdiri daripada sebuah sekolah atau guru daripada sekolah berhampiran. Aktiviti perkhemahan juga boleh dilaksanakan di luar kawasan sekolah. Pelaksanaan aktiviti mesti mengikut SOP (Standard Operation Prosedure). Walaupun pelaksanaan dalam bentuk kumpulan, tugasan tetap individu.  Hantar tugasan sebelum berakhir semester 3 atau sebelum berakhir tahun 2012 ini. Maklumkan kepada pensyarah unit GERKO bila hendak melaksanakan program sama ada SMS atau lebih baik menghantar kad jemputan. Pensyarah akan cuba hadir untuk membantu kita menjalankan aktiviti. Pemberian markah berdasarkan PORFOLIO 50%, RAKAMAN 40%, REFLEKSI 10%. Jangan lupa buat RAKAMAN VIDEO.

ANDA BOLEH RUJUK :

 ATAU















EN TEH KOON HOO
PENYELARAS BINA INSAN GURU
EMAIL: teera60@gmail.com