Tuesday, 24 July 2012

PELAKSANAAN PEMULIHAN KHAS


Proses perlaksanaan Program Pemulihan Khas bermula seperti dalam carta aliran berikut:

PEMULIHAN KHAS


Pengenalan Pemulihan Khas

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insane yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengatahuan. Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawall mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah..

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau “terbelakang” menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Melalui program ini, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

Saturday, 21 July 2012

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN KELAS BM3, SEMUA PELAJAR PPG IPG KTB, SEMUA PELAJAR IPG KTB, PENSYARAH IPG KTB, DAN SELURUH UMAT ISLAM. SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA RAMADHAN DAHULU.

Saturday, 14 July 2012

KELAS AMALI PJ (TGfU)

Teaching Games for Understanding (TgfU) merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGfU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee) 
             TGfU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGfU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGfU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGfU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara pelajar.   
            Melalui TGfU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGfU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGfU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.











Tuesday, 3 July 2012

SISTEM PENGGREDAN IPG MULAI 2011


KEPUTUSAN PENUH SEM 2 SUDAH KELUAR

Untuk menyemak keputusan anda. klik pautan di bawah:


Ikut kata laluan yang diberikan (1234), kemudian disarankan tukar kata laluan yang mudah diingat.