Thursday, 31 January 2013

BIG SEM 4

Ada desas-desus mengatakan satu Taklimat BIG akan diadakan pada Sabtu 3 Februari 2013 ini. Kami pelajar BM 3 mula gelisah. Tiada hitam putih dan kata muktamad. Bagi pelajar yang mengajar di negeri Kedah perlu memohon Cuti Tanpa Rekod. Surat siaran taklimat diperlukan. 

Selapas itu, ada pula yang menyatakan yang taklimat BIG ini untuk Kohort 2 (Sem 3) sahaja. Kami makin tertanya-tanya.

Namun ingin saya maklumkan di sini bagi pelajar kelas BM 3
Taklimat BIG pada 3 Februari ini, kita TIDAK terlibat. Hanya untuk pelajar KOHORT 2 (SEM3) sahaja.

Sekian Harap maklum

Monday, 21 January 2013

NOTA ASAS FOTOGRAFI

MAKLUMAN: PESANAN DARIPADA PENSYARAH EDU3105 EN MOHD BASIL BIN HAJI DAMANHURI SUPAYA MEMBACA NOTA ASAS FOTOGRAFI INI. TERIMA KASIH

Thursday, 17 January 2013

INTERAKSI PERTAMA SEM 4 (12 JAN. 2013)

Interaksi pertama bermula seperti biasa seawal jam 8.00 pagi dengan kelas pertama BMM 3107 bersama Tn Hj Mohamad Zaki bin Hj Shamsudin. Permulaan yang terus memecut dengan Kerja Kursus. KK BMM3107 bermula 12 Januari dan Penghantaran pada Interaksi kedua iaitu 23 Februari.

LDP seperti biasa. Tapi kali ini kami berpeluang berjumpa tutor masing-masing. Untuk selama 1 jam, perbincangan dengan tutuor En Ahmad Fazil b Zainal Abidin. Pesanan beliau supaya berjinak-jinak dengan soalan untuk Kajian Tindakan. Mula mencari tajuk yang berkisarkan sekolah dan PDP guru. Perbincangan untuk menyelaraskan semula jadual waktu tutorial yang 7.30 pm tu untuk balik seawal mungkin. Masa rehat terpaksa dikorbankan.





Kelas BMM 3108 (En Fazil) juga ada tugasan bermula 12 Januari dan Penghantaran pada 6 April. Kelas PJM 3106e bersama En  Rosli Sham bin Ramli. Tugasan yang diberikan berkaitan dengan permainan atau fasa olahraga. Bersambung lagi dengan kelas Kokurikulum bersama Cik Rosyati bt Hussin. Tiada tugasan tetapi pelajar dikehendaki menyediakan portfolia Kokurikulum berlandaskan kemahiran asas, kejurulatihan, kepegawaian dan kepengelolaan (4K).

Kelas terakhir bersama Ustaz Mohd Basil bin Kabib @ Hj Damanhuri. Beliau terus memaparkan Portal Pembelajaran IPG. Nampak gayanya kena berforum ler sem ini. Juga tugasan menyediakan RPH dan BBM berteknologi terkini (Fotografi digital dan persembahan Multimedia). Hantar pada perjumpaan kedua 23 Februari 2013.

Selamat belajar

Wednesday, 16 January 2013

Model ASSURE


Model ASSURE merupakan satu rujukan kepada guru di mana sebagai pendidik kita boleh merancang secara sistematik suoaya alat dan bentuk pengajaran yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Model ASSURE juga boleh dijadikan panduan merancang penggunaan media dalam pengajaran (Heinich et Al, 1999). Model Assure merupakan ringkasan atau 'neumonik' daripada beberapa perkataan dan mengandungi 6 langkah (Heinich, 1982)
  • A - Analyse (Analisis pelajar)
  • S - State Objective (Nyatakan objektif)
  • S - Select Method, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
  • U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
  • R - Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar)
  • E - Evaluate and revise (Nilai dan Semak)
Menurut Smaldino, Russell, Heinich dan Molenda (2005) model ASSURE berperanan sebagai panduan dan prosedur bagi merancang, megurus dan mengendalikan sesuatu bahan pengajaran atau ' courseware' dengan mengambil kira media dan teknologi. Umumnya model ASSURE memberi penekanan kepada pembangunan 'courseware' yang bersesuaian di bilik darjah.

MAKLUMAN TUGASAN EDU3105


PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU
SEMESTER 4 2013
TUGASAN 1
Anda dikehendaki merancang satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
berdasarkan Sukatan Pelajaran semasa yang mengambil kira keupayaan
pelajar,  tempoh masa dan kepelbagaian kecerdasan. RPH berkenaan
hendaklah berpandukan Model Rekabentuk Pengajaran  ASSURE. Bahan
Bantuan Mengajar (BBM) yang diintegrasikan dalam RPH ini mestilah
berorientasikan teknologi terkini ( Fotografi Digital dan  Persembahan
Multimedia). BBM mestilah asli dan menepati hasil pembelajaran.

PANDUAN PELAKSANAAN

1.  Tugasan ini adalah tugasan individu

2.  Merekabentuk dan merancang RPH berdasarkan sukatan pelajaran
major di sekolah.

3.  Gunakan BBM yang sesuai untuk menyokong proses pengajaran yang
dirancang.

4.  BBM hendaklah asli dan menarik.

5.  Tugasan ini hendaklah diserahkan dalam bentuk “hard copy” dan “soft
copy”.

6.  Tugasan hendaklah diserahkan pada perjumpaan ke 2 semester 4 2013.

7.  Pemberatan markah untuk tugasan 1 ialah 20%.

makluman dari: http://ipgm.info.tm/ipgktb/oll/mod/resource/view.php?id=166

Tuesday, 15 January 2013

CARA MENGETAHUI RSS FEED URL BLOG ANDA


  1. Buka Blog kita di browse "mozilla firefox"
  2. Klik kanan di mana saja dalam blog kita, maka akan muncul seperti gambar berikut ini.

  1. Klik "View Page Info
  2. Maka akan muncul jendala popup 
  3. Klik tab "Feeds", maka akan muncul alamat URL Feeds blog kita seperti gambar berikut:
Selamat mencuba

Thursday, 10 January 2013

MAKLUMAN PELAJAR PPG


KELAS TUTORIAL 1 BAGI SEM 4 BERMULA
12 JANUARI 2013 DAN KELAS AMALI 13 JANUARI 2013

LAIN-LAIN TARIKH KELAS TUTORIAL

INTERAKSI 2
23 DAN 24 FEBRUARI 2013

INTERAKSI 3
9 DAN 10 MAC 2013

INTERAKSI 4
6 DAN 7 APRIL 2013

INTERAKSI 5
20 DAN 21 APRIL 2013

18 DAN 19 MEI - PEPERIKSAAN

* Tertakluk kepada perubahan


JADUAL KELAS BM

SELAMAT BELAJAR

Tuesday, 8 January 2013

SEM 4 BERMULA

KEPADA SEMUA PELAJAR
KELAS BM 3 IPG KTB
KELAS TUTORIAL SEM 4 AKAN BERMULA
PADA HARI SABTU INI
12 JANUARI 2013
HARAP MAKLUM

KELAS AMALI HARI AHAD BELUM PASTI. SELALU RUJUK BLOG IPG KTB UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT.

Tuesday, 1 January 2013