Sunday, 30 May 2021

CARA MASUK GOOGLE MEET UNTUK PELAJAR DENGAN TELEFON PINTAR DAN KOMPUTER

 

Kelas PDPR bermula lagi. Ramai guru yang menggunakan pelantar Google Meet untuk kelas PDPR. Kadang-kadang pelajar masih tidak tahu untuk masuk Google Meet dengan menggunakan Akaun MOE. Ini kerana dengan menggunakan akaun MOE, guru lebih mudah untuk mengenali pelajarnya.

Di dalam video ini diterangkan cara untuk masuk ke Google Meet untuk pelajar dengan menggunakan telefon pintar mereka dengan Akaun MOE. Juga tunjuk cara untuk masuk ke Google Meet dengan menggunakan komputer. Di dalam video ini juga diterangkan cara untuk dapatkan Link Google Meet yang diberi oleh guru.


PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=d9zKCZQaqA0



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau

UCAPAN HARI GURU OLEH CIKGU PAK MALAU

 

Ucapan Khas sempena Hari Guru 2021 oleh Cikgu Mazni bin Othman (Cikgu Pak Malau) ahli Akademi Youtuber Guru Malaysia (AYU).



Ucapan Hari Guru Hari Guru ini ditujukan khas kepada semua guru di Malaysia amnya dan semua guru yang pernah berkhidmat bersama beliau selamanya ini. Ucapan ini juga ditujukan istimewa buat semua guru di AYU dengan ucapan Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu. 

BERGURU DEMI ILMU, BINA GENARI BAHARU.


PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=53N61TnL79U 



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/pakmalau

MATEMATIK SEKOLAH RENDAH | DARAB PERPULUHAN OLEH PAK MALAU

 

Terdapat pelbagai kaedah dan cara dalam pengajaran Matematik.  Murid-murid boleh membuat pilihan kaedah yang bersesuaian bagi menjawab atau menyelesaikan masalah. Kaedah pendaraban dalam video ini ialah bentuk lazim dan bentuk kekisi. Kesemua kaedah yang ditunjukkan akan membawa jawapan yang dikehendaki.




Di dalam video ini diterangkan penyelesaian bagi soalan yang melibatkan pendaraban nombor perpuluhan. Antaranya melibatkan darab nombor perpuluhan dengan nombor bulat satu digit dan dua digit serta darab yang melibatkan nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan. Juga penerangan tentang darab yang melibatkan nombor perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000.



PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=7SXaOian1CM 



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau

MATEMATIK SEKOLAH RENDAH | BAHAGI PERPULUHAN OLEH PAK MALAU

 

Terdapat pelbagai kaedah dan cara dalam pengajaran Matematik.  Murid-murid boleh membuat pilihan kaedah yang bersesuaian bagi menjawab atau menyelesaikan masalah. Kaedah pembahagian dalam video ini menggunakan kaedah rumah teres atau sulam suur.




Di dalam video ini diterangkan penyelesaian bagi soalan yang melibatkan pembahagian nombor perpuluhan. Antaranya melibatkan bahagi nombor perpuluhan dengan nombor bulat satu digit dan dua digit serta bahagi yang melibatkan nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan. Juga penerangan tentang bahagi yang melibatkan nombor perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=_5kA3do1rNE 



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau


CARA HANTAR GAMBAR KE TELEGRAM ATAU WHATSAPP TANPA HILANG KUALITINYA | OLEH PAK MALAU

Apabila kita menghantar gambar menggunakan aplikasi WhatsApp atau Telegram, kita rasa gambar tersebut hilang kualitinya daripada gambar asal. Ini akan menimbulkan masalah ketika hendak menyunting gambar tersebut seperti menghilangkan latar belakangnya.




Tutorial ini menerangkan cara untuk menghantar gambar ke aplikasi WhatsApp atau Telegram tanpa hilang kualiti asal gambar tersebut. Gambar kekal cantik dan kualitinya terjaga. Mudah sahaja. Ikutilah tutorial ini.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=tLf5W_PVNIs 



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau


CARA SETTING DUA MONITOR OLEH CIKGU PAK MALAU

 

Kita sering menghadapi masalah ketika membuat kelas secara dalam talian semasa kita kongsi bahan pada pelajar. Ini kerana, apabila kita kongsi paparan tersebut pada pelajar, kita tidak dapat melihat paparan kelas kita dan kita tidak tahu sama ada pelajar di dalam kelas kita masih ada atau pun tidak.




Dengan tutorial ini anda boleh mengatasi masalah tersebut. Anda perlu sediakan monitor tambahan atau monitor kedua dan setup paparan kepada dua monitor dengan paparan  EXTEND. Anda akan rasa lebih mudah semasa mengadakan kelas dalam talian dan dapat memantau keadaan kelas anda. Tutorial ini amat mudah difahami.




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=4zL94VXQq4c 



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau

APAKAH YANG ADA DAN MENARIK DI AKADEMI YOUTUBER? JOM KITA KE SANA | PAK MALAU

 

Anda mesti pernah mendengar orang sering menyebut AYU. Apakah AYU? AYU adalah akronim bagi Akademi Youtuber Guru Malaysia. AYU terbina dengan kerjasama Kelab Guru Malaysia dan Edidik Malaysia. Ramai sering menyebut jom layari www.akademiyoutuber.com. Apakah yang ada di sana? Apa yang menarik sangat sehingga menjadi sebutan ramai?

Jom kita ke sana.




Di dalam video ini saya terangkan apa yang ada di laman Portal Akademi Youtuber. Antaranya dua perkara yang berguna untuk semua guru dan pelajar, iaitu senarai atau playlist video PDPC dan juga jadual kelas LIVE Tuisyen Percuma AYU. Harap dapat membantu anda semua. 




PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=BwJaH_OE8C4    



SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/pakmalau