Tuesday 18 March 2014

LAWATAN ILMIAH

Program Lawatan  Ilmiah ke Universiti Utara Malaysia pada 17 Mac 2014 oleh pelajar PPG Kohot 1 Ambilan Jun 2011 IPGM Kampus Tuanku Bainun Kelas BM 2 dan BM 3. Lawatan berfokus kepada pengurusan dan pentadbiran sukan. Lawatan tertumpu kepada pengurusan sukan dan lawatan ke kemudahan sukan yang terdapat di UUM tersebut.






Monday 10 March 2014

SURAT LAWATAN ILMIAH

Program Lawatan Ilmiah Pendidikan Jasmani PJM 3112 ke UUM pada:
17 Mac 2014
Isnin
bertolak 7.30 pagi

Sunday 9 March 2014

TAKLIMAT BIG PERINGKAT 3 FASA 4

Satu taklimat berkaitan Bina Insan Guru BIG telah diadakan pada 9 Mac 2014 jam 2.00 petang di bilik kuliah Unit Kokurikulum IPG KTB. Taklimat ini sepatutnya perlu dihadiri oleh pelajar PPG Jun 2011 Kohot 1 pada 15 Mac 2014, tetapi atas kerjasama Unit Kokurikulum, pelajar yang terlibat dengan rombongan Lawatan Ilmiah untuk mata pelajar PJM 3112 yang akan diadakan pada 15 Mac dan 17 Mac dibenarkan hadir taklimat BIG ini awal. Sekalung penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan pensyarah Unit Kokurikulum yang mengendalikan BIG ini.

Bagi BIG Peringkat 3 Fasa 4 ini pelajar dalam kumpulan perlu merancang dan melaksanakan satu aktiviti 'Kawasan Angkat' di satu sekolah terpilih. Antara projek yang akan dijalankan ialah Mercu Tanda yang akan menjadi kebanggaan sekolah dan projek ini perlu melibatkan pelajar.

Tugasan perlu disempurnakan di diserahkan sebelum 30 SEPTEMBER 2014.

CONTOH JADUAL PELAKSANAAN BIG FASA 4

pelaksanaan aktiviti ini selama 10 jam. Jumlan keseluruhan ialah 35 jam iaitu, Taklimat selama 5 jam, Aktiviti 10 jam dan persediaan, pelaporan dan refleksi (individu) 20 jam.



CONTOH Penulisan Refleksi BIG

BAHAN DI GOOGLE DRIVE

Kepada rakan-rakan Kelas BM 3, anda boleh mendapatkan bahan di dalam GOOGLE DRIVE. Cara mudah untuk berkongsi dan memuat turun bahan seperti berikut:-
Taip sahaja Google Drive di enjin pencarian anda sama ada Google Chrome, Mozilla Firefox atau IE 
atau


Kemudian, anda dikehendaki 'sign in' jika anda sedang menggunakan mana-mana akaun, sila 'sign out' terlebih dahulu atau 'Sign in with a different account' atau 'add account'. 
Gunakan email kelas kita : ppgipgktbbm3@gmail.com
password: yang telah diberikan


anda boleh memuat turun atau memuat naik bahan di sini..

"SELAMAT"

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

Karnival Permainan Tradisional oleh Peserta PPG Kohot 1 Ambilan Jun 2011 di IPG Kampus Tuanku Bainun telah diadakan pada 9 Mac 2014 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Acara dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun Tn Haji Abu Bakar bin Othman M.A. Kelas yang terlibat ialah Kelas BM 1, BM2 BM3, BM4 Sains 1 dan Sains2. Acara yang dipertandingkan ialah Mencari Curu, Lompat Ketingting Sampai Ingat, Tuju Tin, Lastik Getah, Galah Panjang, dan Tuju Kasut.






















Thursday 6 March 2014

PENGUMUMAN

Kepada semua pelajar Kelas BM 3, perjumpaan pada hari Sabtu ini , 8 Mac 2014, anda dikehendaki memakai pakaian PJ untuk Amali Permainan Tradisional. Harap maklum. Terima kasih