Tuesday 22 October 2013

JADUAL PEPERIKSAAN ELEKTIF TERKINI

Jadual Peperiksaan elektif sudah keluar. Rujuk Lama Blog UPP

KHAMIS - 31 OKTOBER 2013
SJH 3103 - 2.00 -4.30 PTG

SELASA - 12 NOVEMBER 2013
PJM 3110 - 2.00 - 4.30 PTG

RALAT

PEPERIKSAAN SJH 3103
BERMULA JAM 2.00 HINGGA 4.30 PETANG
31 OKTOBER 2013
HARAP MAKLUM




Sunday 20 October 2013

INTERAKSI TERAKHIR SEM 5

19 Oktober 2013, interaksi kelima dan terakhir bagi sem 5 sebelum peperiksaan yang bulan November ini. Berdasarkan jadual hanya subjek BMM 3109 dan 3110 sahaja, tetapi maklumat terakhir daripada pensyarah, untuk subjek PJM juga ada peperiksaan dan subjek Sejarah penilaian UAK yang belum tentu tarikhnya. Selalulah rujuk blog UPP untuk mengetahui tarikhnya. Harap maklum.

* Tips untuk peperiksaan, soalan berdasarkan modul dan pro forma dan juga kelas interaksi yang kita hadir. Tugasan projek yang kita laksanakan sebelum ini juga amat penting, soalan selalunya ada kaitan dengan tugasan yang diberikan.

Ucapan sekalung PENGHARGAAN dan Terima Kasih kepada pensyarah yang membimbing kami untuk semester 5 ini iaitu En Ahmad Fazil bin Zainal Abidin (BM Sintaksis), Hj Daud Md Saman (BM Morfologi), En Adnan bin Baharom (Sejarah), En Othman bin Che Man (PJ) dan En Omar Saifuddin bin Ahmad (BIG). Kami kelas BM3 memohon maaf dan halalkan segala ilmu yang tuan berikan. Insya Allah jika dipanjangkan umur kita berjumpa lagi di Sem 6.

Selamat "study". Semoga kita semua berjaya dan dapat menjawab dengan baik.

p/s...Jawab jangan tak jawab..Tulis jangan tak tulis.


wajah KK baharu
Kudapan

Friday 18 October 2013

PEPERIKSAAN SEMESTER 5 NOVEMBER 2013

Peperiksaan bagi pelajar Sem 5 PPG Kohot 1 Bahasa Melayu seperti berikut:

klik gambar untuk besarkan

Atau anda boleh muat turun daripada BLOG UPP  @ Jadual Pep Nov 2013.

Terima kasih

JAWATAN KK DAN BENDAHARI SEM 6

Undian telah ditutup. Keputusannya seperti berikut.

Jawatan Ketua Kelas Sem 6
Abd Aziz Jaarif mendahului

Jawatan Bendahari yang baharu bagi Sem 6
Nor Azlina Awang