Sunday 30 June 2013

TAKLIMAT BIG

SURAT MAKLUMAN TAKLIMAT BIG UNIT LDP.

                                                                          Rujukan Kami  :  IPGKTB/LDP/05/ Jld. (29)
                                                                         Tarikh              :  28 JUN 2013

Guru Besar/ Pengetua
SK/SMK


Tuan/Puan,

TAKLIMAT BIG PPG MOD PJJ PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2.            Untuk makluman tuan, Pelajar PPG dikehendaki terlibat bagi mendengar Taklimat Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) PPG.  Sehubungan dengan itu  sukacita dimaklumkan bahawa tarikh pelaksanaan program tersebut adalah seperti butiran berikut :

KOHORT 1 AMBILAN  JUN 2011 /AMBILAN KHAS FEB. 2013

                Tarikh                 :    14 JULAI  2013          
                Masa                   :    2.00  – 5.00 PETANG               
                Tempat               :    DEWAN AMINUDIN BAKI                                                                    

                                KOHORT 2 AMBILAN FEBRUARI 2012
                                Tarikh                  :    6 JULAI  2013             
                                Masa                   :    8.00 PAGI – 2.00 PETANG    
                                Tempat                :    DEWAN AMINUDIN BAKI                                                                    

3.            Pelajar dibenarkan hadir aktiviti tersebut pada waktu sesi persekolahan mengikut perintah Am Bab C, para 4 dan Perkara 3.2 dalam Surat Kebenaran Belajar PPG.

4.            Pihak Institut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kerja sama dan sokongan tuan/puan dalam melaksanakan penilaian tersebut.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



(ABU BAKAR BIN OTHMAN)
Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Tuanku Bainun

Tuesday 25 June 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEI 2013

Tahniah kepada semua pelajar PPG khususnya pelajar PPG Kelas BM 3 IPG KTB. Keputusan peperiksaan sem 4 kita dam keluar. Keputusan boleh disemak di Sistem iTEMS di alamat


Cara menggunakan sistem ini ada diterangkan. Baca dahulu dan log masuk untuk mencetak keputusan.
Tahniah sekali lagi.


Monday 24 June 2013

INTERAKSI 1 SEM 5

Interaksi 1 semester 5 bermula dengan penuh bersemangat. Jadual kelas pun padat. 

Kelas Pertama PJM 3110
Tugasan:
1.  Huraikan tentang kaedah, strategi dan gaya pembelajaran (Mosston and Ashworth 1954). Gaya pembelajaran Mosston
2.  Penulisan RPH PJ dan pembelajaran mikro. Pilih satu gaya (a-k). RPH untuk subjek KSSR Tahun 1 - 3 sahaja
3.  Penulisan Refleksi
KELAS AMALI PADA:
18 Ogos 2013 (Ahad)
8 September 2013 (Ahad)
29 September 2013 (Ahad)

Kelas Kedua SJH1101
En Adnan bin Bahrom

Kelas ketiga BMM3109
Hj Daud bin Md Saman
PRO FORMA KURSUS BMM3109

Kelas terakhir BMM3110
En Ahmad Fazil bin Zainal Abidin
TUGASAN
- Pengenalan / Definisi ayat
- Huraikan tentang definisi ayat majmuk
* ayat majmuk gabungan
    Pembentukan ayat majmuk gabungan
    Jenis gabungan
* Ayat majmuk pancangan
   ayat komplemen frasa nama
   ayat komplemen frasa kerja
   ayat komplemen frasa adjektif
* Ayat keterangan
   jenis ayat keterangan
- Ayat majmuk campuran
-Analisis (mana-mana majalah keluaran BDP) petikan (boleh buat dalam bentuk esei atau jadual)
- Penutup / Refleksi.
BUKU-BUKU UNTUK RUJUKAN BMM3110




Thursday 20 June 2013

KALENDAR AKADEMIK JUN-DISEMBER 2013

SEM 5 - JUN - DISEMBER 2013 

Kelas Interaksi 1 akan bermula esok. Jika mengikut jadual yang dikeluarkan ini, pada bulan puasa tiada Kelas Interaksi. Terima kasih kepada pihak pengurusan IPG KTB terutamanya ULDP yang prihatin dengan masalah pelajarnya.
Terima kasih.

Tuesday 18 June 2013

TAHNIAH

Tahniah kepada semua Pelajar Kelas BM3, anda semua berjaya melanjutkan pengajian untuk Semester 5. Ini berdasarkan BLOG UPDP IPG KTB yang telah mengeluarkan SENARAI pelajar yang perlu menduduki peperiksaan ULANGAN pada 1-5 Julai 2013 nanti. Berdasarkan senarai tersebut, tiada nama pelajar Kelas BM 3. Tahniah sekali lagi. Berjumpa lagi kita di IPG KTB.
Selamat Belajar.