INTERAKSI PERTAMA SEM 6 PADA 11 JANUARI 2014

PORTAL PEMBELAJARAN IPG

NOTA BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI

NOTA OLEH: En Ahmad Fazil bin Zainal Abidin
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tuanku Bainun
BUNYI BAHASA
FONETIK DAN FONOLOGI
MODUL PPG BMM3108
SLIDE FONETIK DAN FONOLOGI
CONTOH TRANSKRIPSI

TARIKH PERJUMPAAN SEM 6
11 JAN 2014 (Sabtu)
08 FEB. 2014 (Sabtu)
09 FEB. 2014 (Amali PJ- Ahad)
22 FEB. 2014 (Sabtu)
23 FEB 2014 (Amali PJ-Ahad)
08 MAC 2014 (Sabtu)
09 MAC2014 (Amali PJ-Ahad)
05 APRIL 2014 (Sabtu)

Thursday, 8 November 2012

TAMAT SEMESTER 3

BERAKHIR SUDAH BABAK-BABAK, SUKA DAN DUKA PELAJAR-PELAJAR PPG KELAS BM3 UNTUK SEMESTER 3 INI. SEGALA YANG BERLALU BIARKAN BERLALU. SEMOGA KITA SEMUA DAPAT BERJUMPA SEMULA DI SEMESTER 4 NANTI. KEGEMBIRAAN MENGAKHIRI SEMESTER 3 INI TERPANCAR DI WAJAH SEMUA PELAJARNYA. KERIANGAN ITU SISAMBUT DENGAN GOLEKKAN BUAH BOLING KE DALAM LONGKANG YANG SETIA MENANTI TETAMUNYA. JOM 'OLE-OLE BOWL'. SIAPA TIDAK KENAL ' CONDA FOREVER' ...SAKSIKANLAH
video


video

Wednesday, 31 October 2012

TERKINI DARIPADA UNIT PEPERIKSAAN DAN PENGANUGERAHAN

PEPERIKSAAN ELEKTIF BAGI SUBJEK PJM 3102 AKAN DIADAKAN PADA
JUMAAT 2 NOVEMBER 2012
3.00 HINGGA 5.30 PETANG
TEMPAT : KAFETERIA DAN DEWAN HAJAH ROHANI
SEBARANG MASALAH DAN PERTANYAAN
SILA RUJUK
ATAU HUBUNGI
UNIT PEPERIKSAAN DAN PENGANUGERAHAN
IPG KTB

Anda boleh muat turun surat perubahan tarikh tersebut


Tuesday, 30 October 2012

CONTOH FORMAT LAPORAN PERKHEMAHAN (BIG)

CONTOH INI SAYA DAPAT DARI 
IPG KAMPUS IPOH.
SEBAGAI PANDUAN MENULIS LAPORAN
PERKHEMAHAN YANG TELAH ANDA JALANKAN
TERIMA KASIH

Monday, 29 October 2012

NOTA PEPERIKSAAN BMM3106

PERBEZAAN PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENDIDIKAN IMBUHAN
Pendidikan Imbuhan - secara percuma/ikut kognitif murid/sosial ekonomi/ada asrama khas(desa)/sabah dan sarawak.
Pendidikan pemulihan - asas membaca/menulis/mengira
Pendidikan pemulihan
Pendidikan imbuhan
1.    Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan kaya atau miskin.
1.    Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonomi.
2.    Rancangan pembelajaran ditumpukan khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
2.    Rancangan  pembelajaran untuk semua pelajaran mengikut perkembangan kognitif murid-murid.
3.    Skop kajiannya banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah.
3.    Skop kajiannya meliputi  pedagogi dalam bilik darjah serta sosioekonomi dan politik  di luar bilik darjah.
4.    Program ini hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
4.    Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, program ini juga meliputi program makanan, bantuan dari segi kemudahan dan kewangan.
5.    Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid sahaja di sekolah rendah dan sekolah menengah.
5. Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan di peringkat prasekoalah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka.
6.    Objektif ialah membetulkan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.
6. Objektif utama ialah merapatkan jurang dalam peluang pendidikan di antara golongan kaya dengan golongan miskin.

Ciri-Ciri Murid Pemulihan:
1. Dari segi emosi dan t/laku - risau, rendah diri, sedih, hiba, takut kpd perkara baru, degil dan suka
    melawan
2. gelisah dan selalu bergerak dlm drjh - suka ganggu kwn,
3. kurang zat mkn/ lemah tubuh bdn - perkembangan tidak seimbang, tumpuan terhad, lemah motor kasar
    dan halus.
4. kesedian belajar - belum bersedia(perbendaharan kata kurang), lemah pemahaman, kurang percaya diri
    sdri.
5. pengamatan- tidak boleh kenal bentuk dan perbezaan urutan - pendengaran bunyi lemah, keliru trhdp
    ruang, lmbt mengkelas benda, tidak dpt kaitkan pelajaran lama dgn baru, tidak dpt selesaikan masalah,
    tidak dpt buat kerja kreatif, lemah perbuatan dan pergerakan, tidak boleh ingat kembali.

Masalah Dalam Bacaan Murid Pemulihan:
- Bentuk Huruf - seakan sama, bunyi hampir sama, sebut huruf ikut telor bhs ibunda
- Peringkat suku kata - tidak boleh mengadun, membatang suku kata terbuka/tertutup, tidak boleh membunyikan suku kata VK, keliru perkataan yg ada diftong/digraf
- Kesukaran dalam pengamatan - boleh eja tp tak boleh bunyi, mengeja sblum membaca, menggantikan suku kata dlm perkataan, menggugurkan suku kata, salah sebut / bunyikan perkataan yg hampir sama.
- Kesukaran membaca peringkat ayat - ganti perkataan dgn perkataan lain, tertinggal, mengulang, merangkak-rangkak.

1.  tidak kenal huruf
2.  meninggalkan huruf
3.  meninggalkan perkataan
4.  tidak memahami apa yang dibaca
5.  teragak-agak
6.  salah sebutan
7.  lemah daya ingatan
8.  menambah perkataan
9.  mengulang perkataan
10. mengeja semasa membaca

Masalah Dalam Penulisan Murid Pemulihan

- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan
- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya

- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.



Masalah Lisan Murid Pemulihan
Lisan - Mendengar dan Bertutur
Masalah Pendengaran - cari dan baca
Masalah Pertuturan - cari dan baca

Apakah Aktiviti Pengayaan
Pengertian - Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.
Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.
Tujuan pengayaan - memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.

Objektif penggayaan untuk murid adalah:
1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai dalam kelas biasa
2. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar.
3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka
4. Menyemai sifat berdikari dan minat untuk belajar
5. Memperkembangi bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi



Contoh Aktiviti Pengayan- cari
Pengelolaan Pengayaan -

Melaksanakan sesi pemulihan - cari
Langkah-langkah pelaksanaan kelas pemulihan khas - cari
Pengajaran Guru- pembelajaran murid- latihan lisan/bertulis- ujian dan penilaian
Lnagkah mengelolakan kelas pemulihan 
1.  menentukan objektif - ujian saringan/pencalonan/ kenal pasti murid/ analisa masalah murid
2. rancang aktiviti - membuat RPH, bbm
3. pelaksanaan - pengajaran guru, pembelajaran murid, latihan,
4. penilaian - soal jawab, pemerhatian, hasil kerja murid
5. tindakan susulan -

Ciri BBM Kelas Pemulihan
1. Aspek pendengaran - Sebutan guru jelas, hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja yang diajarkan
2. Aspek Penglihatan - BBM besar, ringkas, menarik, dan haruslah menggunakan warna untuk perkara penting sahaja.
3.  Aspek psikomotor - Benda maujud, bentuk huruf atau nombor hendaklah timbul agar murid dapat menyentuhnya, gunakan warna untuk aktiviti menulis.

Ciri Bahan Aktiviti Pengayaan - cari