Wednesday 27 June 2012

PJM3102 KONSEP PERGERAKAN ASAS


NOTA KONSEP PERGERAKAN ASAS
 
Asas Pergerakan

Ia merangkumi konsep pergerakan dan kemahiran motor asas. Konsep pergerakanmerupakan pengetahuan dan pemahaman tentang pergerakan yang membenarkan individu menadaptasi dan memodifikasi pergerakan untuk mencapai matlamat pergerakan yag spesifik. Ini termasuk:

- Kesedaran tubuh badan: Apa yang boleh dilakukan oleh tubuh badan?
- Kesedaran ruang: Di manakah badan bergerak?
- Kualiti pergerakan: Bagaimanakah badan bergerak?
- Perhubungan: Dengan siapa dan dengan apakah badan bergerak?

Objektif Kesedaran Tubuh Badan

- Mengenalpasti nama dan lokasi anggota badan
- Posisi dan bentuk badan
- Kesedaran pergerakan tubuh badan
- Badan sebagai alat komunikasi untuk meluahkan perasaan
- Kesedaran keteganagan otot dan relaksasi

Obejktif Kesedaran Ruang

- Mengenali ruang kendiri dan menghormati ruang orang lain
- Bergerak dengan selamat dalam ruang am
- Mengenali pelbagai arah dan bagaimana menukar arah
- Memahami pelbagai aras pergerakan
- Mengharungi pelbagai laluan serta laluan pergerakan pelbagai objek
- Menyesuaikan julat pergerakan berdasarkan tugasan dan situasi

 Objektif Perhubungan

- Memahami perhubungan antara badan dengan setiap anggota badan
- Bergerak dengan berkesan secara “relatif” dengan individu lain dan/atau dalam
  kumpulan
- Memahami perhubungan antara badan dan anggota badan dengan objek

Objektif Kualiti Pergerakan

- Imbangan: Memahami unsur imbangan statik dan dinamik serta peranan imbangan
  dalam pergerakan
- Masa: Membezakan pelbagai kelajuan dan meningkatkan atau mengurangan kelajuan
  pergerakan
- Kuasa: Kebolehan mewujudkan dan modifikasikan kuasa sendiri untuk memenuhi
  keperluan tugasan.
- Aliran: Menggabungkan pergerakan dengan licin dan melakukan pergerakan dalam  
  masa atau ruang yang terhad

Pergerakan: Asas Pendidikan Jasmani dan Sukan

- Mengapakah pergerakan dianggap tunggak pendidikan jasmani?
- Apakah contoh-contoh bagi empat konsep pergerakan?
- Apakah cadangan untuk membantu individu mempelajari konsep pergerakan dan
  kemahiran motor asas?
- Kemahiran motor asas merupakan asas untuk memperkembangkan kemahiran motor
  yang lebih kompleks serta kemahiran motor yang khusus untuk aktiviti permainan,
  sukan, tarian dan kecergasan.
- Sebaiknya, konsep pergerakan dan kemahiran motor asas dipelajari semasa peringkat
  awal kanak-kanak dan sekolah rendah
- Kemahiran-kemahiran ini akan diamalkan sepanjang hayat jika penguasaan dicapai
  pada usia muda lagi.

 Faktor Umum Yang Mempengaruhi Pergerakan

- Faktor Fisiologikal 
  Dayatahan kardiovaskular, kekuatan dan dayatahan otot, serta fleksibiliti
 - Faktor Psikologikal 
Ketakutan, kerisauan, keyakinan diri
 - Faktor Sosiologikal 
Keahlian dalam kumpulan boleh mempengaruhi penglibatan
(contohnya, ahli keluarga sebagai “role model” yang aktif secara fizikal)
Peranan gender
Ekonomi
 
Tujuan Kecergasan

Pergerakan asas untuk tujuan kecergasan adalah seperti berikut:

- Fleksibiliti/kelembutan
- Kekuatan otot
- Daya tahan otot
- Daya tahan kardiovaskular
- Komposisi tubuh badan
- Sasaran dan pengukuran denyutan nadi
- Senaman aerobik dan anaerobik
- Prinsip latihan (kekerapan, intensiti, masa) / (Frequency, intensity, time)

Tujuan Sosialisasi/Kerjasama

Pergerakan asas untuk tujuan sosialisasi/kerjasama adalah seperti:

- Prosidur dan peraturan dalam kelas.
- Undang-undang dan peraturan permainan dan aktiviti.
- Kesedaran dan kawalan badan.
- Prosidur yang selamat semasa menggunakan alatan.
- Kemahiran mendengar.
- Permainan koperatif.
- Menghormati orang lain dan peraturan.
- Semangat kesukanan.
- Penyelesaian masalah.
- ’Team Building’
- Strategi kumpulan.
- Disiplin diri.
- Membuat keputusan.

PJM3102 PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS


NOTA PJM3102
Berdasarkan ProForma Kursus

1.  Konsep pergerakan asas
     ·Pengertian
     ·Jenis pergerakan asas
     ·Pergerakan bersama peralatan

2.  Pengajaran dan pembelajaran kemahiran pergerakan asas
    ·Strategi
    ·Kaedah dan teknik

3.  Permainan kanak-kanak 
    ·Konsep, matlamat dan objektif
    ·Kepentingan

4.  Model Bunker dan Thorpe 1982
     ·Pengenalan dan konsep model
     ·Kategori dan jenis-jenis permainan

5.  Pengurusan dan pengelolaan permainan kanak-kanak
    ·Pengurusan dan kawalan kelas
    ·Keselamatan peralatan, kawasan, pelajar
    ·Tatacara pengelolaan permainan

7.  Teknik penilaian
    ·Penilaian permainan kanak-kanak
    . Jenis bateri ujian


Amali

1.  Aktiviti pergerakan asas
     ·Pergerakan bukan lokomotor
     ·Pergerakan lokomotor
2.  Aktiviti pergerakan asas dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan
     ·Bulat
     ·Leper
     ·Panjang
3.  Pengajaran dan pembelajaran kemahiran pergerakan asas
·                     Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor tanpa alatan
·                     Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan

Amali permainan kanak-kanak 


1.  Mempraktikan permainan kanak-kanak mengikut kategori berikut:

            ·         Permainan kategori Sasaran
            ·         Permainan kategori Pukulan
            ·         Permainan kategori Jaring/ Dinding
            ·         Permainan kategori Serangan/ Kawasan
2.  Pengurusan dan pengelolaan permainan
            ·         Pengurusan dan kawalan kelas
            ·         Keselamatan peralatan, kawasan, pelajar
            ·         Pengelolaan permainan
3.  Teknik Penilaian
            ·         Penilaian permainan kanak-kanak
            ·         Jenis bateri ujian
            ·         Amali ujian

MAKLUMAN KELAS AMALI PJ

Assalamualaikum.,
Seperti yang kita rancang, pada 14 Julai 2012 (Sabtu), kelas Amali PJ akan berlansung seperti yang telah dirancang. Kelas akan bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 1 petang. Makan akan disediakan. Sediakan duit sahaja. Makluman daripada KK.
Jumpa lagi.

Persiapan...fikirkan 10 pergerakan lokomotor dengan alatan dan 10 pergerakan bukan lokomotor dengan alatan. Bawa kamera untuk mengambil gambar pergerakan tersebut.

Baju t shirt PJ masih dalam proses. Sedang mencari baju yang sesuai dan harga yang berpatutan. Sesiapa ada cadangan maklumkan kepada KK..

Terima kasih
ADMIN

Monday 25 June 2012

KELAS AMALI PJ

Pada Ahad 24 Jun, semua pelajar BM3 hadir sekali lagi untuk Kelas PJ. Kelas bermula jam 10.30 pagi dibawah bimbingan pensyarah Unit PJK Pn Shanthi Devi. Selama 3 jam kami didedahkan dengan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor. Kami diterangkan tentang ujian amali mengikut litar yang disediakan di mana kami perlu membuat 20 pergerakan asas iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Kami dibenarkan memilih 2 alat sahaja iaitu sama ada bola, reben, gelung rotan, kayu atau tali. Tugasan pertama kami perlu mengambil gambar setiap pergerakan asas tersebut.



Video Amali PJ












litar untuk ujian amali





Suasana kelas Amali PJ

BERMULA SEMESTER 3

Semua pelajar PPG BM3 teruja untuk memulakan pengajian di semester 3 ini. Seawal pagi, kami telah diberikan jadual kelas tutorial oleh Pengawal Keselamatan IPG KTB. Melihatkan jadual, hati mula tersentak kerana kelas tutorial tamat jam 9 malam. Bermula kelas pertama, kami bersama pensyarah En Muhaiyudin bin Hj Mohamed Azizi. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Komputer (BMM3105).
Kelas BMM3105
Sesi P&P diteruskan lagi dengan kelas kedua iaitu Budaya dan Pembelajaran (EDU3106) bersama pensyarah En Chin Swee Thoon.
Kelas EDU3106
Kemudian kami mendapat berita gembira apabila masa tutorial telah diubah suai dan dapat pulang jam 7 petang. Kelas WAJ3106 (HE) yang sepatutnya sebelah malam telah diubah pada waktu rehat tengahari. Maka waktu rehat 1 jam setengah menjadi cuma setengah jam sahaja. Cukup untuk menunaikan solat zohor.
Desau-desus mengatakan hari Ahad ada kelas amali PJ. Tetapi sewaktu sesi LDP kami telah dimaklumkan oleh En Rosli yang kelas amali PJ hanya untuk Opsyen PJ sahaja. Namum semasa tutorial PJ di Gimnasium Ungku Aziz, pensyarah PJ memaklumkan yang kami semua mesti hadir esok (Ahad 24 jun) untuk kelas amali PJ selama 3 jam. Bagi kelas BM3, kelas amali PJ bermula jam 1030 - 1.30 pm.



Merayau-rayau mencari kelas PJ. 

Kelas tutorial terakhir kami untuk interaksi 1 bersama tutor iaitu En Ahmad Fazil bin Zainal Abidin. Beliau mengajar subjek BMM3106 (Pemulihan dan Pengayaan)
Kelas En Ahmad Fazil
Catatan interaksi pertama kelas BM3. Insyaallah berjumpa lagi pada 14 Julai jika diizinkan dan semestinya kita akan berjumpa lagi pada 28 Julai. Insyaallah. 

JADUAL TUTORIAL BM3

Sunday 24 June 2012

SUBJEK SEMESTER 3

MATA PELAJARAN UNTUK SEMESTER 3 YANG HARUS KITA SEMUA HADAPI:

1.  BMM 3105 - PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERPANDUKAN  
                           KOMPUTER

2.  EDU 3106 - BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

3. WAJ 3106 - HUBUNGAN ETNIK

4.  PJM 3102 - PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS

5.  BMM 3106 - PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

SELAMAT BELAJAR - SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM SEMSETER 3 INI.

Friday 22 June 2012


PENGGANTUNGAN PELAKSANAAN PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1 TAHUN 2010   

Suruhanjaya dalam mesyuaratnya pada 28 Mei 2012 telah bersetuju untuk menggantung pelaksanaan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2010 yang bertajuk "Tarikh Pelantikan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Yang Lulus Ijazah Sarjana Muda Melalui Program Pengajian Jarak Jauh" . Penggantungan pelaksanaan pekeliling ini adalah disebabkan masalah ketiadaan kekosongan jawatan bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41. Penggantungan ini berkuat kuasa serta merta sehingga isu kekosongan jawatan berkenaan dapat ditangani.
 Muat naik pada 15 Jun 2012

SUMBER: http://www.spp.gov.my

NOTA EDU 3106


Note EDU 3106 - Budaya dan Pembelajaran

Thursday 21 June 2012

SENARAI PELAJAR MENGULANG DAN JADUAL PEPERIKSAAN ULANGAN

BAGI PELAJAR PPG, SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENGULANG BAGI SEM 1 (KOHORT 2 - JAN 2012 )DAN SEM 2 (KOHORT 1 - JUN 2011)


JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN ULANGAN  BAGI PELAJAR PPG


RUJUKAN: http://uppktb.blogspot.com/

Wednesday 20 June 2012

TERKINI DARI LAMAN BLOG IPG TUANKU BAINUN

ADMIN menyampaikan pesanan kepada semua pelajar PPG

Selamat datang ke semester baru PPG.

bagi kohort 1 ambilan jun 2011 interaksi anda adalah pada 23 jun 2011 manakala kohort 2 ambilan feb 2012 pula interaksi yang pertama adalah 30 jun 2011.

Kepada yang kurangbernasib baik

 sila dapatkan surat mengulang anda di unit peperiksaan dengan merujuk senarai nama yang terlibat di portal unit peperiksaan Bainun.

Semua pelajar sila dapatkan 

 a) jadual waktu daripada pengawal keselamatan dipintu masuk IPG Tuanku bainun

b) surat pelepasan belajar daripada ketua kelas.

Semua ketua kelas sila ambil jadual kedatangan di pintu masuk semasa datang dan pulangkan semula ketika waktu pulang.

c) bagi pelajar kohort 1 ( semester 3 ) tempoh interaksi anda bermula 8.00 pagi dan berakhir 9.00 malam. Ini adalah kerana semester ini anda perlu menyelesaikan 14 jam kredit seperti yang telah dipersetujui.

Selamat maju jaya.........


RUJUKAN:


UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN IPG KTB

Tuesday 19 June 2012

SENARAI NAMA ULANGAN DAN KELUAR

BERIKUT ADALAH PESANAN DARIPADA LAMAN BLOG:


SENARAI NAMA PELAJAR
PEPERIKSAAN ULANGAN JULAI 2012

BERIKUT ADALAH SENARAI NAMA PELAJAR YANG PERLU MENDUDUKI PEPERIKSAAN ULANGAN JULAI 2012 YANG AKAN DIADAKAN PADA 3-5 JULAI 2012. SILA DAPATKAN SURAT DARIPADA UNIT PEPERIKSAAN MULAI HARI RABU, 20 JUN 2012 JAM 2.00 PETANG.

HARAP MAKLUM:

Alhamdulillah, pelajar kelas BM 3 tiada dalam senarai...bermakna KITA semua berjaya.

TAHNIAH!!!!!

Sunday 17 June 2012

JADUAL INTERAKSI AMBILAN JUN 2011 KOHORT 1


Interaksi 1
23 JUN 2012
Bengkel
7 JULAI 2012
Interaksi 2
28 JULAI 2012
Interaksi 3
11 OGOS 2012
Interaksi 4
1 SEPT. 2012
Interaksi 5
22 SEPT. 2012












sebagai panduan. Jadual sebenar akan dikeluarkan/dimaklumkan oleh IPG masing-masing.

BERSABAR

harap semua dapat bersabar. Keputusan Peperiksaan Mei2012 akan keluar juga tiddak lama lagi. Mengikut Blog Unit peperiksaan dan penganugerahan ipgktb:

Keputusan Peperiksaan Mei 2012 SEDANG DIPROSES. Semua pelajar diminta bersabar. Sebarang maklumat mengenai keputusan akan dimaklumkan kemudian melalui laman blog ini .

LAMAN BLOG INI 

harap maklum.

Sunday 10 June 2012

KALENDER AKADEMIK PPG SESI JUN - DISEMBER 2012

KLICK PAUTAN DI BAWAH:

SINI  

SEBARANG PERUBAHAN BOLEH BERLAKU. SELALU RUJUK LAMAN WEB IPG MASING-MASING. HARAP MAKLUM.

Saturday 2 June 2012

PERKARA 3.4 DAN 3.5 BUKU PANDUAN PPG

Mengikut Buku Panduan PPG,  perkara 3.4..Kursus Elektif terdiri daripada 2 Pakej Elektif yang ditawarkan bagi membolehkan pelajar mengajar dua mata pelajaran lain selain daripada kursus major. Skop kursus merangkumi aspek pengetahuan kandungan pedagogi dan pentaksiran yang berasaskan Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah. Pakej Elektif diperuntukkan sejumlah 24 kredit. Setiap Pakej Elektif diagihkan sejumlah 12 kredit. Kalau mengikut perincian struktur kurikulum pengkhususan, semester ini ada satu Kursus Elektif.

Perkara 3.5 Kursus MUET, Senat IPG telah memutuskan bahawa kursus MUET tidak menjadi syarat lulus pengajian PPG. Dengan harapan TIDAK payah la ambil exam MUET.

Harap maklum..hanya sekadar perancangan awal. Sebarang perubahan boleh berlaku.
Kepada Pelajar PPG Kohort 1, kita la tu.

makluman tidak RASMI


Kursus ELS3101 akan diadakan selama 5 jam selepas Interaksi Tutorial ke-4 Sesi Jun-Nov 2012. Untuk makluman kursus ini Tidak Berkredit (TK), pada pelajar yang berminat untuk menyertai kursus ini sebagai pengayaan dan perkembangan diri dalam Bahasa Inggeris. (kepada yang berminat SAHAJA, pendaftaran akan dibuka untuk yang berminat)

TAKWIN INTERAKSI PPG JUN - NOVEMBER 2012

TAKWIN INTERAKSI PPG
SESI JUN - NOVEMBER 2012
KOHORT 1 (JUN 2011) DAN KOHORT 2 (FEB 2012)

07 JULAI 2012  -  INTERAKSI 1
21 JULAI 2012  -  INTERAKSI 2
11 OGOS 2012 -  INTERAKSI 3
01 SEPT. 2012  -  INTERAKSI 4
02 SEPT. 2012  -  KURSUS ELS3101
13 OKT. 2012  -  INTERAKSI 5
14  OKT. 2012 -  UAK
13 - 20 OKT. 2012 - PENILAIAN KEBERKESANAN PnP ONLINE
19 OKT. 2012 -  MASUK MARKAH UAK
27 & 28 OKT. 2012 - PEPERIKSAAN AKHIR (KOHORT 1 . AMBILAN JUN 2011)
03 & 04 NOV. 2012 - PEPERIKSAAN AKHIR (KOHORT 2 -AMBILAN FEB 2012)

BUKU PANDUAN PPG

AGIHAN TAJUK BMM 3105

BMM 3105
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

TAJUK:

1. PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
• Menggunakan web, video, audio, dan imej
• Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
• Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog.

2. PENGGUNAAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN  PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
 
• Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
• Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

3. APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

• Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
• Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point
• Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
• Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point

 4. PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

• Memilih bahan sastera
• Memilih bahan tatabahasa
• Memilih bahan bidang ilmu lain 

5. MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

• Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
• Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
• Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu


6. MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN
    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

• Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
• Struktur Linear
• Struktur Rangkaian 

7. MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
 
• Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
• Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran

8. PENGAJARAN BAHASA MELAYU DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN
• Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
• Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran

9. PENGAJARAN BAHASA MELAYU DALAM TALIAN
• Prosedur pengeditan
• Prinsip pengeditan
• Melaksanakan pengeditan

10. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA BILIK DARJAH MAYA
• Membentangkan hasil kerja antara institut
• Melaksanakan interaksi antara pelbagai institut 

11. PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO
• Konferensi secara dalam talian
• Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
• Merakamkan perbualan 

12. MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
• Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
• Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

13. MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
• Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
• Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
• Memanipulasi animasi dalam persembahan 

14. BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
• Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
• Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
• Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

15. SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG
• Mengadakan seminar
• Mengadakan pameran

AKTA 174

AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN TATATERTIB 1976

PELAN TRANSFORMASI KERAJAAN 2010-2020

Friday 1 June 2012

MBMMBI

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS